Pages

Tuesday, May 18, 2010

Antara produk mudah jaga kulit muka



Oleh
Shahida Sarhid

WALAUPUN memakan suplemen adalah penting untuk mengembalikan keayuan kulit muka, pada dasarnya mempraktikkan cara pembersihan muka yang betul juga memainkan peranan dalam mengekalkan keanjalan lapisan luaran kulit muka seseorang.
Antara pembersih muka yang dijual di pasaran, pada pendapat saya, ialah pembersih muka jenama Simple.Saya dapati ia paling sesuai dengan jenis kulit muka saya yang sensitif dan berminyak.Bukan sahaja ia dijual pada harga yang berpatutan iaitu antara $12.90 dengan $15.90, ia juga mengandungi bahan-bahan aktif dan vitamin yang dapat menyegarkan dan membersihkan kulit muka dengan teliti.Ada kalanya sesetengah pembersih muka yang saya gunakan tidak dapat sepenuhnya membersihkan kulit muka.Kadangkala, selepas mencuci muka, masih terdapat lagi sedikit kesan mekap pada wajah saya.Tetapi teknik dan penggunaan pencuci muka yang sesuai akan dapat membersihkan liang-liang roma, sekali gus memudahkan penyerapan apabila anda menggunakan penyegar (toner) dan pelembap kulit (moisturizer).Bagi kulit muka saya yang lebih bersifat kombinasi, saya sering gunakan gel pencuci muka Refreshing Simple yang tidak mengandungi pewarna dan wangiwangian yang mungkin dapat merosakkan kulit muka.Mereka yang mempunyai jenis kulit muka yang biasa dan kering pula boleh menggunakan pencuci muka Moisturising Simple kerana ia dapat melembapkan kulit muka, sekali gus membaiki keadaan kulit muka.Mereka yang sering terdedah pada pancaran mentari atau sering duduk di tempat berhawa dingin pasti mempunyai kulit muka yang lebih mudah menjadi kering.Anda boleh timbangkan pencuci muka Deep Cleansing Simple untuk merawat kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit.Minyak Chamomile bagi menghasilkan pencuci muka ini juga dapat melembutkan kulit muka serta mengelakkan kulit anda daripada berasa kering.

No comments: