http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/74
Wahabi Ditentang Kerana Membawa Perpecahan
Golongan Wahabi ditentang hebat oleh majoriti para ulama’ Islam samada secara terang-terangan atau secara kiasan, kerana tiga sikap pemusnah umat mereka yang utama, iaitu, ta’asub, jumud dan tasyaddud yang membawa kepada takfir sesama Islam sewenang-wenangnya.
Pertama, golongan yang mengkafirkan Wahabi secara mutlak, kerana menuduh mereka bersekongkol dengan para kuffar untuk menjatuhkan umat Islam dan sebagainya. Golongan yang mengkafirkan Wahabi dengan alasan yang tidak berasas ini, melakukan kesilapan kerana menentang golonganghulu (pelampau/ iaitu Wahabi) dengan ghulu (keterlampauan) juga, sedangkan Islam menyeru umatnya mengajak kepada kebenaran dengan hikmah.
Kedua, golongan yang membid’ahkan golongan Wahabi, sehingga sanggup menafikan kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh Wahabi, kerana sikap Wahabi yang sewenang-wenangnya mengkafirkan umat Islam. Penentangan cara ini merupakan suatu sikap yang tidak adil kerana, kita perlu juga mengakui kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh golongan yang bercanggah dan menentang kita,walau sebesarmana kesalahan mereka, tidak boleh menafikan kebaikan mereka.
Ketiga, golongan yang bersikap sederhana dalam menolak fahaman Wahabi, kerana ingin menyelamatkan umat Islam dari bahana perpecahan dan saling kafir mengkafirkan antara sesama muslim. Golongan ini merupakan golongan yang bersikap adil dalam mengkritik dan menolak fahaman Wahabi, kerana tujuan mereka bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi sekadar menegur kesalahan orang yang bersalah.
Antara Ulama’-ulama’ yang Menentang Golongan Wahabi
1) Sheikh Sulaiman bin Ahmad Al-Hanbali (1130-1181H). Beliau merupakan seorang ulama’ fiqh yang alim dalam mazhab Hanbali. Beliau turut dikafirkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.
2) Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab (1208 H), saudara kandung Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, seibu dan sebapa. Beliau dikatakan lebih alim berbanding Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri. Beliau merupakan antara penentang kuat saudaranya Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, terutamanya kerana sikap takfir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Di sisi Wahabi, beliau merupakan seorang kafir yang telah terkeluar dari agamanya.
3) Sheikh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Hanbali Al-Ahsa’i (1100-1164 H). Beliau juga merupakan seorang ulama’ besar di zaman tersebut, dan sangat mahir dalam bidang fiqh dan ilmu falaq, disamping dihormati dalam masyarakat. Beliau juga turut dikafirkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.
4) Sheikh Abdullah bin Isa At-Tamimi (1175 H). Beliau merupakan antara ulama’ yang besar dari kalangan ahli Najd.
5) Sheikh Abdullah bin Ahmad (1175 H), seorang faqih mazhab Hanbali.
6) Sheikh Abdullah bin Abdul Latif Al-Ahsa’i. Beliau merupakan antara guru Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, dan seterusnya merupakan antara mereka yang paling kuat menentang Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.
7) Sheikh Muhammad bin Abdullah Al-Ahsa’i (1216 H), juga merupakan seorang faqih Hanbali. Beliau juga turut dikafirkan oleh Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab.
8) Sheikh Muhammad bin Ali (1246 H)
9) Sheikh Uthman bin Mansur Al-Nasiri (1282 H)
10) Sheikh Uthman bin Sanad Al-Basri (1250 H)
11) Sheikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi (1194 H), seorang mufti mazhab As-Syafi’e. Beliau menentang golongan Wahabi dan menggelar mereka sebagai golongan Al-Khawarij.
12) Sheikh Murid bin Ahmad At-Tamimi (1171 H)
13) Sheikh Saif bin Ahmad (1189 H)
14) Sheikh Soleh bin Abdullah As-So’igh (1183 H)
15) Sheikh Ahmad bin Ali Al-Qobbani
16) Sheikh Abdullah bin Daud (1225 H)
17) Sheikh’Alawi bin Al-Haddad Al-Hadrami (1232 H)
18) Sheikh Umar bin Al-Qosim bin Mahbub
19) Sheikh Muhammad bin Abdullah Al-Maghribi (1227 H)
20) Sheikh Muhammad bin Abdullah bin Hamid (1295 H)
21) Sheikh Abdul Aziz bin Abdul Rahman (1179 H)
No comments:
Post a Comment