Pages

Wednesday, May 12, 2010

Jom kenal pak cik muhammad bin abdul wahab ( al wahabi ) !!

Muhammad b. Abdul Wahab b. Sulaiman b. Ali b. Muhammad b. Ahmad b. Rashid b. Barid b. Musaraf an-Najdi at-Tamimi di lahirkan pada tahun ( 1115H-1119 @ 1703-1787M ) di daerah Najd .Sebenarnya ulama dan ahli sejarah berselisih pendapat tentang kelahiran Muhammad Abdul Wahab. Tahun 1690M/1111H merupakan pendapat Shaikh Zaini Dahlan Mufti Mekah juga ahli sejarah sementara .Pada tahun 1694M/1115H adalah Golongan Wahabi manakala pada 1703M/1124H adalah ahli sejarah Barat. Muhammad Iqbal mengatakan beliau lahir pada 1700M/1121H.

Ayahnya Abdul Wahab yang merupakan seorang qadhi pada ketika itu telah mendapat firasat bahawa Muhammad Abdul Wahab akan menyesatkan umat Islam, kita sendiri telah sedia maklum hadis nabi yang berbunyi ” Takutilah kamu akan firasat orang-orang mukminin sesungguhnya mereka melihat dengan Nur Allah (pandangan mata hati )” .Banyak hadis-hadis lain yang menyentuh tentang firasat dan mimpi yang baik merupakan sebahagian daripada kenabian, perstiwa tersebut terbukti benar apabila berlakunya pertentangan antara beliau dengan ayahnya sehingga, membuatkan Muhammad Abdul Wahab menyampikan dakyahnya secara tersembunyi. Kejahilan masyarakat dan kekuatan politk, adalah antara faktor dakyah Muhamaad ,meresap di kalangan masyarakat Badwi Najd.
ABDUL WAHAB MEMULAKAN PERGERAKAN DAN SERANGAN
Ahli Najd terbahagi kepada dua golongan , badwi dan moden. Golongan moden mengamalkan perniagan manakala golongan badwi kerap berperang dan bermusuhan sesama kabilah bagi menguasai wadi,kawasan ternakan dan sebagainya. Kabilah Najd pada ketika itu terdiri dari Bani Khalid, Hawazin, Harb, Qahtani, al-Ajmani, ad-Dawasir, Al Saud, Al Asobah ( Kuwait ) , Al Khalifah ( Baharin ) Zafir dan banyak lagi. Kawasan Najd ketika itu di luar kawalan Khilafah Daulah Uthmaniah, besar kemungkinan kawasan tersebut terpencil dan merupakan kawasan pendalaman.


Muhammad Abdul Wahab ke Iraq dan berbincang dengan beberapa ulama’ fuqaha’ lalu memberikan dan menyatukan beberapa pandangan baru dan lama., akan tetapi beliau dimarahi dan diusir, kemudian beliau terus pulang ke Najd, dan melahirkan pandangan baru yang mengakibatkan penduduk Najd terbahagi kepada 2 puak, mereka yang memerangi dan mereka yang menuruti. Kemudian Muhammad Abdul Wahab melarikan diri ke al-Uyainah lalu bersahabat dengan Amir al-Uyainah sehingga di akhiri dengan perkahwinan dengan anak perempuannya ( Amir al-Uyainah ).Ini secara tidak langsung memberi laluan kepada beliau untuk menyebarkan ajarannya. Setelah menetap di al-Uyainah kira-kira 8 bulan beliau akhirnya diusir keluar. Apabila mengetahui kedudukannya terancam, maka beliau cuba menemui beberapa ketua-ketua kabilah dan pemimpin tertinggi untuk mendapat perlindungan dan sokongan sehinggalah ke ad-dar’iyah, lalu menemui Muhammad b. Saud. Pertemuan yang membawa mala petaka pada umat Islam ini, telah menjalinkan persepakatan dan persetujuan bagi membentuk agama baru secara rasmi, di dalam kekuatan politik, ketenteraan dan peperangan pada 1165H / 1744M.

ULAMA AL-HARMAIAN MENENTANG MUHAMMAD ABDUL WAHAB
Ketika mana Muhammad Abdul Wahab bersama pengikutnya mengkafirkan kaum muslimin ,beliau telah mengutuskan sekumpulan pengikutnya untuk merosakkan aqidah Ulama’ al-Harmain serta memasukkan beberapa syubahat dan muslihat. Kemudian Ulama’ al-Harmain (diantara mereka ialah As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi) bangkit lantas menolak dengan memberikan beberapa keterangan dan hujjah sehingga melemahkan mereka Akhirnya Ulama’ al-Harmain menegaskan bahawa golongan Wahabi ini adalah jahil dan sesat, setelah meneliti bahawa aqidah yang dibawa olehnya adalah mengkafirkan umat Islam.

Ulama’ Harmian pun menulis sepucuk surat lalu diajukan perkara tersebut kepada Qadhi as-Syar’e Mekah, yang akhirnya menjatukan hukuman kepada mereka yang mulhid ini dipenjara, malangnya ada segelintir daripada mereka telah berjaya meloloskan diri ke ad-Dar’iyah ( sekarang ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad ) dengan perasan sombong dan angkuh. Peristiwa tersebut berlaku di bawah pemerintahan As-Syarif Masud b. Said b. Saad b. Zaid yang wafat pada 1153H/1732M.
Muhammad bin Abdul Wahab pula telah wafat pada tahun 1206H/1792M ketika berumur 90 tahun. Seterusnya gerakan ini diambil alih oleh Sulaiman bin Abdullah bin Abdul Wahab.

WAHABI MENYERANG MEKAH DAN TAIF

Apabila pembesar-pembesar Mekah menyekat kemasukan golongan Wahabi untuk mengerjakan Haji, lalu mereka menukar strategi dengan membahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama di bawah kesetiaan Amir Mekah yang hanya bersedia untuk berperang sesama mereka iaitu kumpulan kedua dan Amir Mekah As-Syarif Ghalib b. Musaaid b. Said b. Saad b. Zaid. Lantaran itu, berlakulah pertempuran yang mengakibatkan ramai yang terkorban seterusnya golongan Wahabi dapat menyebarkan dakyah mereka lalu membentuk tentera yang terdiri daripada kabilah-kabilah badwi di bawah pemerintahan Amir Mekah. Pada tahun 1217H / 1802M tentera-tentera Wahabi sampai di Taif dan mengepungnya pada bulan Zul Qa’edah 1217H, lalu menawan dan membunuh lelaki serta wanita termasuklah kanak-kanak ,sehingga tiada seorang pun yang terlepas daripada kekejaman Wahabi. Setelah itu mereka merampas dan merosakkan segala harta benda serta melakukan keganasan yang tidak terkira dan seterusnya menuju ke Mekah.

Apabila mereka mengetahui pada bulan tersebut ramai jemaah haji terutamanya dari Syam dan Mesir, boleh jadi mereka akan diserang, lalu mereka bercadang untuk menetap seketika di Taif, sehinggalah selesai musim haji. Setelah jemaah haji pulang ke negara masing-masing, golongan Wahabi pun menuju ke Mekah, Amir Mekah as-Syarif Galib pada ketika itu tidak mampu menyekat kemaraan bala tentera Wahabi yang pada ketika itu telah tiba di Jeddah. Berita tersebut akhirnya dihidu oleh penduduk Mekah sehingga mereka berasa amat takut apa yang berlaku di Taif akan menimpa mereka. Namun demikian, penduduk Mekahtidak dapat membuat apa-apa persediaan untuk menghadapi mereka. Pada Muharram1248H, golongan ini telah berjaya memasuki Kota Mekah dan menetap di sana selama 14 hari. Dalam tempoh masa inilah mereka melakukan kerosakan serta membuat ketetapan laranganmenziarahi makam nabi-nabi dan solihin.
Kemudian tentera Wahabi menuju pula ke Jeddah untuk membunuh Amir as-Syarif. Setibanya di sempadan Jeddah, golongan Wahabi telah diserang olehtentera Amir mekah yang menatijahkan mereka menerima kekalahan teruk. Kegagalan untuk menawan kota Jeddah ini megakibatkan mereka berundur dan pulang semula ke Mekah.

WAHABI MENAWAN MEKAH DAN MADINAH.

Selepas 8 hari, lalu golongan Wahabi mengumpulkan bala tenteranya di sana (Mekah) dan melantik seorang Amir as-Syarif Abdul Mu’ain iaitu saudara as-Syarif Ghalib, serta cuba berbaik-baik semula dengan penduduk Mekah dan memburuk-burukan mereka.

Pada tahun 1220H mereka merompak dan mengepung penduduk Mekah serta memutuskan segala bekalan makanan sehingga menyebabkan penduduk Mekah kelaparan yang mengakibatkan mereka terpaksa memakan daging anjing akibat kebuluran yang bersangatan. Melihatkan keadaan ini, Amir Mekah terpaksa mengadakan perjanjian dan perdamian, antara syarat perjanjian tersebut hendaklah berbaik-baik dengan penduduk Mekah. Setelah tempoh perdamaian tamat maka sekali lagi pada akhir bulan Zul Qa’edah 1220H, mereka berjaya memasuki kota Mekah dan Madinah. Setelah tiba di Madinah , mereka menceroboh ‘Bilik Nabi’ dan mengambil semua harta benda termasuklah lampu dan bekas air daripada emas dan perak, permata, zamrud yang tidak ternilai harganya, lalu melakukan beberapa perkara keji dan jelek, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan ulama’ melarikan diri antaranya Shaikh Ismail Al-Barzanji, Shaikh Dandrawi dan ramai lagi.

Kemudian mereka menghancurkan semua qubah di perkuburan Baqe’ seperti qubah Ahli Bait, Isteri-isteri Nabi, anak-anak Nabi , lalu mereka cuba pula untuk memusnahkan kubah baginda Rasulullah s.a.w. , apabila mereka melihat di kubah tersebut terdapatnya “ lambang bulan sabit “ yang pada sangkaan mereka diperbuat daripada emas tulin, mereka mereka menarik balik keputusan tersebut. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang telah memalingkan mereka daripada perbuatan keji dan melampau itu.Mereka juga telah memecahkan lampu-lampu di Madinah serta membahagikan kepada beberapa pengikutnya yang setia kepadanya. Kota Madinah akhirnya di tinggalkan dalam keadaan sepi selama beberapa hari tanpa azan, iqamah dan solat. ( Sila rujuk kitab ;Nuzhatul an-Nazirin fi Tarikh Masjid al-aw’walin wal akhirin oleh Jaafar bin Syaid Ismail al-Madani al-Barzanji)

Mereka juga melarang kemasukan jemaah haji dari Mesir dan Syam yang merupakan pekerja-pekerja seperti menenun kelambu Kaabah dan seumpamanya. Mubarak b. al-Mudayyiqi akhirnya telah dilantik menjadi Amir Wahabi pemerintahan mereka berlalu selama kira-kira 7 tahun.

SERANGAN THOSON BASHA KE ATAS WAHABI

Sultan Muhammad Khan telah mengutus Muhammad Ali Basha pemerintah kerajaan Mesir supaya menyediakan seramai 8-10 ribu tentera untuk memerangi pelampau-pelampau Wahabi pada tahun 1226H, lalu beliau melantik anaknya Thoson Basha keluar dari negara Mesir pada bulan Ramadhan 1226H melalui jalan laut dan darat. Akhirnya berlakulah pertempuran yang maha dahsyat di perkampungan Khif ( dari Madinah kira-kira 90km) sehingga mengakibatkan ramai daripada jumlah tentera Mesir telah terkorban dan setengahnya pula gagal pulang ke Mesir. Kemenangan yang dicapai oleh golongan Wahabi ini, adalah disebabkan oleh sokongan daripada beberapa kabilah badwi seramai 10 ribu orang yang telah berpakat untuk mengalahkan tentera Mesir. Peristiwa yang bersejarah lagi berdarah ini berlaku pada bulan Zul Hijjah 1226H/1805M. Sebenarnya tentera Thoson Basha juga terpaksa berhadapan seramai 30 ribu tentera Wahabi yang telah mengepung di bahagian Barat di bawah pimpinan al-Amir Faisal

SERANGAN MUHAMMAD ALI BASHA KE ATAS WAHABI

Keazaman Muhammad Ali Basha dengan sendirinya menuju ke Hijaz pada tahun 1227H untuk menemui tenteranya. Setelah itu beliau bersama tenteranya menguasai as-Safra’ dan al-Hudidah pada bulan Ramadhan dan memasuki kota Madinah pada akhir bulan Zul Qa’edah . Kemudian beliau menguasai pula di persisiran pantai Jeddah pada awal bulan Muharram 1228H, lalu terus menuju ke Mekah dan menguasainya di sana.Pada bulan Rabiul Awal tahun 1228H Muhammad Ali Basha memerintahkan para utusannya ke Darul Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki bersama mereka anak-anak kunci kota Mekah, Madinah, Jeddah dan Taif. Pada bulan Syawal 1228H Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz, sebelum tiba di Hijaz ,as-Syarif Ghalib telah menangkap Osman al-Mudayyiqi yang merupakan Amir Wahabi di Taif, kemudian menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah dan dihukum bunuh.

Setelah Muhamad Ali Basha tiba di Mekah pada bulan Zul Qa’edah, beliau menangkap pula as-Syarif Ghalib ibnu Musa’d lalu menghantarnya ke Darul Sultanah , kemudian beliau melantik pula anak saudaranya As-Syarif Yahya bin Surur ibnu Musa’d untuk dilantik sebagai pemerintah di Mekah Pada bulan Muharam tahun 1229H Muhamad Ali Basha menangkap pula Amir Wahabi Madinah lalu menghantarnya ke Darul Khilafah Uthmaniah lalu dihukum bunuh, kepalanya di gantung di “ Bab As-Saraya ” sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Osman al-Mudayyiqi ,adapun as-Syarif Ghalib beliau telah dihantar ke Salanik di Turki dan tinggal di sana dengan mendapat penghormatan sehingga beliau wafat dan dikebumikan pada 1231H.

Pada bulan Sya’ban 1229H Muhamad Ali Basha sekali lagi telah mengutus tenteranya ke Turbah, Bisyah, Ghamid, Zahran dan ‘Asir untuk mengesan dan menjejaki serta memerangi golongan Wahabi lalu berhasrat untuk membinasakannya sehingga ke akar umbi .Setibanya di Darul Wahabi mereka terus memerangi golongan Wahabi dan menawanya kemudian memusnahkan negeri mereka .Pada bulan Jamadil Awal 1229H Amir Saud Wahabi meninggal dunia lalu digantikan oleh anaknya Abdullah b. Saud. Muhammad Ali Basha kembali semula ke Darul Wahabi semasa mengerjakan haji dan tinggal di Mekah pada bulan Rejab 1230H, kemudian pulang semula ke Mesir setelah meninggalkan Hassan Basha di Mekah. Muhamad Ali Basha tiba di Mesir pada pertengahan bulan Rejab 1230H, ini menjadikan tempoh beliau di Hijaz kira-kira 1 tahun 7 bulan. Beliau pulang ke Mesir setelah melaksanakan tanggugjawabnya dan tugasnya di bumi Hijaz. Maka tinggalah beberapa golongan Wahabi yang bertempiaran di setiap pelusuk kabilah badwi dan selebihnya tinggal di Ad-Dar’yah kemudian melantik Abdullah b. Saud sebagai peminpin mereka.

BERPERANG DENGAN IBRAHIM BASHA

Amir Wahabi Abdullah b. Saud cuba berbaik-baik dengan Thuson Basha bin Muhamad Ali Basha (adik kepada Ibrahim) ketika mereka berada di Madinah, sehingga terjalin hubungan persahabatan di bawah pemerintahan Muhammad Ali Basha yang membuatkan Muhammad Ali Basha tidak menyetujuinya. Oleh kerana itu, Muhamad Ali Basha telah memperlengkapkan tenteranya untuk memerangi golongan Wahabi, di bawah pimpinan anaknya Ibrahim Basha(abang suluong). Pada tahun 1232H Ibrahim Basha bersama tenteranya tiba di Ad Dar’yah yang merupakan ibu negeri Wahabi yang pertama di Riyad, maka berlakulah pertempuran sengit yang berakhir pada bulan Zul Qa’edah 1233H dengan tertangkapnya Abdullah b. Saud Amir Wahabi.

AMIR WAHABI DIHUKUM BUNUH

Setelah tertangkapnya Amir Wahabi, lalu beliau di bawa bersama pembesarnya ke Mesir dan tiba di sana pada 17 Muharram 1234H. Mereka kemudianya diarak oleh beberapa orang askar dengan penuh kehinaan, lalu berbondong-bondonglah penduduk Mesir menyaksikan perarakan yang bersejarah itu. Apabila Amir Wahabi memasuki Istana, maka Muhamad Ali Basha dengan tersenyum duduk disisinya seraya berkata ;

Muhammad Ali Basha : Apakah ini berterusan ( peperangan ) ?

Amir Wahabi : Ini adalah peperangan timbal balik (sekali menang dan sekali kalah ).

Muhammad Ali Basha: Apa pendapat kamu tentang anakku Ibrahim Basha ?

Amir Wahabi: Beliau seorang gigih dan kuat seperti juga kami

Muhammad Ali Basha : Aku berharap pada kamu disisi Maulana as-Sultan.

Lalu mereka pun menuju ke bilik Ibrahim Basha di Bulaq ,bersamanya terdapat sebuah kota kecil yang berbungkus

Muhamad Ali Basha : Apa ini ?

Amir Wahabi : Ini aku dapati daripada ayahku yang beliau perolehi di sebuah bilik sahabatnya bersama ku.

Kemudian Muhammad Ali Basha menyuruh agar kota tersebut di buka, maka beliau dapati 3 lembaran Mushaf daripada khazanah al-Muluk yang tidak pernah dilihatnya lebih baik sebelum ini,di samping itu juga terdapat 300 butir permata yang besar-besar daripada zamrud.

Muhamad Ali Basha : Ini yang kamu ambil di Hujrah as-Syarif ( di dalam maqam nabi)

Amir Wahabi : Aku dapatinya daripada ayahku, beliau tidak mengambilnya di Hujrah as-Syarif ,bahkan memperolehinya daripada penduduk Mekah dan Madinah dan orang-orang as-Syarif.

Muhammad Ali Basha: Sah! Kamu ambil daripada as-Syarif

Kemudian Amir Wahabi pun di hantar ke Darul Khilafah Uthaminah ,sementara itu Muhammad Ali Basha kembali semula ke Hijaz dan seterusnya ke Mesir pada Muhaaram 1230H.,selepas beliau memusnahkan Negeri ad-Dar’yah sehinggalah golongan Wahabi meninggalkan penempatan mereka. Ketika Amir Wahabi tiba di Darul Khilafah Utmaniah pada bulan Rabi’ul Awal, beliau bersama pengikutnya diarak mengelilingi Kota Turki untuk dipertontonkan oleh semua lapisan masyarakat. Akhirnya Amir Wahabi dihukum bunuh di “Bab Hamaayun ” manakala para pengikutnya pula dihukum bunuh dari suatu sudut yang berbeza-beza. Apa yang dapat kita fahami daripada rentetan peristiwa tersebut golongan Wahabi Badwi ini kerap mengamalkan sikap berperangan dan membuat kekacawan di Semenanjung Arab, kemudian pula bercita-cita untuk menguasai di seluruh Tanah Arab.

SERANGAN JIHAD TERHADAP WAHABI

Ramai di kalangan Ulama’ Mekah, Madinah, Qadhi dan Mufti di seluruh pelusuk dunia berfatwa agar serangan jihad dilancar ke atas golongan Wahabi, mereka terdiri daripada kalangan ulama’ yang mu’tabar seperti As-Shaikh Ahmad al-Ba Alawi, As-Shaikh Umar Abdul Rasul, As-Shaikh Aqail b. Yahya al-’Alawi , As-Shaikh Abdul Malik dan As-Shaikh Hussin al-Maghribi.

Setelah mereka selesai menunaikan solat lalu menuju ke ‘Bab as-Thani’ mereka dapati sekumpulan orang Islam telah dizalimi dan diseksa dengan sengaja oleh golongan yang ingin memasuki Masjidil Haram serta diancam untuk dibunuh, maka bertempiaranlah mereka melarikan diri dan memberitahu golongan Wahabi bahawa mereka adalah penduduk Mekah. Setelah itu berhimpunlah sekelian ulama’ di bahagian mimbar untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh Khatib Abu Hamid lalu beliau membaca Risalah Muhammad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni. berbunyi : Wahai! Ulama’,Qadhi, Mufti adakah kamu dengar dan tahu akan perutusan ini…..…

( Sila rujuk beberapa Risalah Muhamad Abdul Wahab an-Najdi al-Mal’uni at-Tamimi al-Kadzabi )

Kemudian ada pula daripada Ulama’, Qadhi, Mufti bermazhab empat dari kalangan penduduk Mekah di seluruh dunia yang datang untuk mengerjakan haji bersidang dan bermusyawarah sementara menunggu 10 Muhaaram untuk memasuki Masjidil Haram. Akhirnya ulama’ menghukumkan mereka kafir dan mengarahkan Amir Mekah memaksa dan menyingkirkan mereka (golongan Wahabi ) keluar daripada Masjidil Haram. Setelah itu mereka mewajibkan semua orang Islam membantu dan bersatu. Barang siapa yang melarikan diri tanpa uzur adalah berdosa, dan barang siapa memeranginya jadilah mujahid dan barang siapa yang dibunuh memperolehi syahid. Akhirnya ijmak ulama’ bersepakat tanpa berlaku sebarang kekhilafan, telah menulis surat kepada Amir Mekah. Selepas menunaikan solat Maghrib mereka pun mengadap Amir Mekah. Justeru itu, seluruh penduduk Mekah bersatu serta mendokong kesatuan Amir Mekah untuk melancarkan serangan jihad dan menyingirkan mereka daripada Mekah (Sila rujuk al-ajwibahtu al-Makkiyatu fi rad ‘al ar-Risalati an-Najdiyati m.s.84-86 )

Kesimpulan yang boleh saya paparkan disini, Muhammad Abdul Wahab dan pengikutnya ditakrifkan sebagai Bughah iaitu sekumpulan orang Islam yang bermusuh atau ingkar kepada Pemeritah Tertinggi sehingga tertubuhnya sebuah pasukan bersenjata dan berhasrat untuk menentang Pemerintah Tertinggi, dan mereka ini wajib diperangi setelah diberi amaran. Peristiwa seumpama ini pernah berlaku di zaman sahabat. Antaranya ialah peperangan antara Saidina Abu Bakr dengan Musilamatul Al-al-Kazab yang mengaku menjadi nabi , setelah itu peperangan Siffin antara golongan Saidina Ali dengan tentera Muawiyah ,dan juga tentera Khawarij. ( lihat kitab Qalyubi Wa Umairah .Bab Bughah m.s.171-174 Kitab unggul Mazhab Sayafe)

Universiti al-Azhar es-Syerif

No comments: