Kisah ini berlaku di sebuah kampung yang terletak di daerah Muar, Johor. Puan Salmah (bukan nama sebenar), kalau sekali pandang pada raut wajah yang tenang dan lembut itu, tentu kita tidak sangka beliau pernah menanggung penderitaan yang amat hebat.
Segalanya bermula selepas dia dikahwinkan dengan seorang pemuda pilihan orang tuanya di kampung tersebut. Pada awal perkahwinan mereka, rumahtangganya aman dan harmoni. Tetapi sejak kelahiran anak sulung, suaminya mula berubah sikap.
Suaminya itu menjadi seorang penagih dadah dan banyak menghabiskan masanya bermain judi. Bila kalah berjudi, dia akan pulang ke rumah dan meminta duit daripada isterinya. Kalau tak diberikan, dia akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa rasa belas kasihan walau sedikit pun. Begitulah setiap hari dilaluinya dengan perasaan takut, cemas dan menderita mengenangkan nasib diri serta keluarganya.
Akhirnya kerana tak tahan melihat penderitaan Salmah, ibunya menyuruh suami Salmah menceraikannya. Salmah pun diceraikan dan pulanglah dia ke rumah ibunya. Tidak lama selepas penceraian itu, datang pula seorang pemuda melamarnya. Kalau diikutkan rasa hati, dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Tapi memikirkan masa depan anaknya, dia bersetuju.
Bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Lelaki yang diharapkan dapat membela nasibnya, rupa-rupanya menjadi pengikis hartanya pula. Nasibnya tak ubah seperti keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Suami keduanya juga panas baran dan suka main perempuan. Seringkali dia menjadi mangsa sepak terajang kerana tak mahu memberinya duit. Sehingga lembik tubuh dikerjakan, barulah dilepaskannya.
Saban hari begitulah nasib yang akan diterimanya. Badannya semakin kurus, matanya cengkung, mukanya pucat dan badannya sudah tak bermaya lagi. Tubuhnya calar-balar dipukul dengan kayu ataupun penyangkut baju. Tak terkata betapa hancur hatinya ketika itu. Namun dia sendiri pun takut untuk mengadu kepada sesiapa. Pernah dia mengadu pada jirannya, bila suaminya dapat tahu, lagi teruk dia dibelasah. Sejak hari itu dia takberani lagi mengadu pada sesiapa pun.
Tetapi dia masih ada tempat pergantungan. Di sanalah dia mencurahkan segala penderitaan batin yang ditanggungnya selama ini. Seringkali dibisik-bisikkan pada dirinya; walau berat mana pun penderitaan yang ditanggungnya, masih ada lagi orang di dunia yang nasibnya lebih buruk lagi. Itulah saja yang diulang-ulangkan demi memujuk hati yang remuk itu.
Pasti Allah tidak sezalim itu untuk membiarkannya sebegitu. Tentu ada sesuatu yang berharga di sebalik penderitaan yang ditanggung selama ini. Saban malam sewaktu suaminya keluar berfoya-foya dengan perempuan lain, Salmah sujud mencurahkan rasa hati pada Allah s.w.t.. Dia rasa tenang, dapat berbisik-bisik dengan ‘Kekasih’nya tanpa diganggu. Tidak pernah dirasakan ketenangan yang sebegitu rupa dalam hidupnya. Tenang kerana dapat tempat yang sewajarnya. Dia dapat rasakan cintanya berbalas.
Kini barulah dia memahami apa erti di sebalik kisah hidupnya yang terlalu tragis itu. Mengapa dua kali dia dipertemukan dengan suami yang panas baran? Rupanya, Allah mahu dia meletakkan rasa cinta dan tempat pergantungannya pada Dia. Bukan pada makhluk yang serba lemah itu (suaminya). Kepada isteri-isteri yang sedang menghadapi masalah seperti puan Salmah ini ataupun menderita akibat dimadukan oleh suami, jadikanlah penderitaan puan Salmah ini sebagai iktibar.
Sejak hari itulah puan Salmah mula berjinak-jinak dengan ceramah agama. Selama ini dia terlalu jahil dalam selok-belok agama. Mungkin kerana kegagalan memikat hati suami menyebabkan suaminya mencari perempuan lain.
Setiap kali belajar agama, dia cuba mengamalkannya. Setiap kali suaminya pulang ke rumah, dia sudah bersiap dengan pakaian yang mengghairahkan, senyuman yang manis dan bersedia untuk memenuhi hajat suaminya. Suaminya terkejut besar melihatkan perubahan pada isterinya itu. Macam-macam dikata pada isterinya. Buang tabiatlah, sengaja nak gunakan ilmu sihirlah dan berbagai-bagai lagi dikatanya. Tapi Salmah tetap melayani suaminya seperti mana yang dipelajarinya.
Walaupun dia telah berusaha memujuk suaminya, namun suaminya masih tergila-gilakan perempuan jalanan yang mengikis poketnya dari melayani isterinya di rumah. Bagi Puan Salmah memanglah tidak semudah itu seseorang boleh berubah. Walau bagaimanapun dia masih tetap bersabar dan memberi masa untuk suaminya berubah. Dia yakin suaminya juga sedang membuat perubahan diri. Buktinya suaminya sudah kurang memukul, menerajang mahupun menamparnya sejak kebelakangan ini. Kalaupun dia marah, dia akan terus keluar rumah dan tak balik-balik sampai dua tiga hari.
Walaupun puan Salmah mengetahui suaminya masih "main perempuan", tapi bila tiap kali suaminya pulang ke rumah, dia akan berhias untuk suminya, berwangi-wangi dan melayan suaminya dengan manis muka. Sampaikan ibunya turut memprotes, "Kau ni dah gilakah? Apalah yang engkau layan sangat suami yang curang begitu. Dia bukan sayangkan engkau lagi. Dia tak heran dengan layanan engkau tu. Di luar pun dia boleh dapat lebih dari itu."
"Biarlah dia buat begitu. Dia kan masih suami saya. Saya wajib melayaninya dan taat padanya. Dosa yang dibuat tu, itu antara dia dengan Allah."
Begitulah saban hari dilayani suaminya sehinggalah akhirnya suaminya berubah hasil kesabaran dan akhlaknya itu. Sewaktu pihak kami menziarahinya, masih kelihatan parut-parut di tangannya, tapi dia cuba melindunginya kerana tidak mahu kami melihatnya. Dia juga tidak mahu gambarnya diambil.
Bila ditanya apakah rahsianya boleh melayani suaminya walaupun mengetahui perangai buruknya itu, dengan selamba dia menjawab, "Saya terhutang budi padanya. Kerana sikapnya itulah saya mendapat hidayah dari Allah."
Begitulah sebuah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Masih ada lagi wanita yang berjiwa besar seperti Siti Asiah, sanggup bersabar menghadapi suami yang zalim. Walaupun mungkin penderitaannya tidak seberat penderitaan yang ditanggung oleh Siti Asiah yang berhadapan dengan kejahatan Firaun yang menghukum bunuh sesiapa yang tidak sujud padanya. Bagaimana dengan wanita-wanita hari ini yang bergelar isteri-isteri? Ramai wanita yang bertuah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Sepatutnya setiap wanita mensyukurinya, jangan pula hanya pandai merungut, memendam rasa dan sering bermasam muka bila berdepan dengan suami. Tepuk dada, tanya iman.
Wallahu a’lam.

No comments:
Post a Comment