Pages

Wednesday, December 22, 2010

Tujuh maut gempa bumi di Iran




DUA wanita berdiri dekat rumah mereka semalam yang musnah di Chah Ghanbar, Iran selepas satu gempa bumi berlaku kelmarin.


TEHERAN - Gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter melanda bandar Hosseinabad, Kerma kelmarin mengakibatkan tujuh nyawa terkorban selain mencederakan ratusan jiwa dan memutuskan bekalan elektrik.
Agensi berita Mehr merujuk kenyataan Gabenor Kerma, Esmail Najjar yang menyatakan jumlah kematian jiwa akibat bencana alam itu dijangka akan meningkat.
Menurut Jabatan Geofizik Universiti Teheran, gempa bumi itu disusuli dengan 30 gegaran termasuk satu berukuran 5.0 skala Ritcher.
"Setakat ini, kemusnahan berlaku di kampung-kampung Sharaj namun tujuh mayat serta beratus lagi yang cedera telah dipindahkan dari kawasan bencana," kata Esmail. - AFP
- kosmo

No comments: