WOLLONGONG, Australia - Tayar sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Prado dirakamkan terbenam di dalam pasir di pantai Stanwell, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Sekumpulan anggota penyelamat dipanggil untuk membantu mengeluarkan kenderaan berkenaan.
Pemiliknya yang merupakan seorang nelayan pada awalnya dipercayai meletakkan kenderaannya di pantai itu.
Apabila menyedari Toyota Prado miliknya mulai tenggelam, dia cuba untuk keluar dari kawasan itu dengan memandunya.
Setelah kereta itu gagal keluar dari kawasan tersebut, dia kemudian berputus asa dan mendapatkan bantuan sebelum air pasang.
Para pengunjung pantai mengambil kesempatan untuk melihat usaha menyelamatkan kenderaan tersebut yang semakin tenggelam ke dalam pasir. - Agensi
- kosmo
No comments:
Post a Comment