Pages

Wednesday, December 22, 2010

Ramai saksikan fenomena gerhana bulan penuh



BULAN yang kelihatan berwarna kemerahan dalam kejadian gerhana penuh di Reykjavik, Iceland semalam.


REYKJAVIK, Iceland - Bulan bertukar merah di sini dalam kejadian gerhana penuh awal semalam sekali gus menepati ramalan ahli-ahli astronomi.
Sejumlah orang ramai berkumpul untuk melihat fenomena yang menakjubkan itu.
Bulan itu kelihatan seperti merah kerana musim sejuk yang kini melanda Eropah.
Gerhana bulan penuh berlaku dari pukul 7.41 pagi waktu tempatan hingga 8.53 pagi di Iceland apabila bumi berada di antara matahari dan bulan.



"Ia amat menakjubkan," kata seorang kakitangan sebuah bank, Torfi Olafur Sverrisson yang berusia dalam lingkungan 40-an selepas melihat gerhana bulan pertamanya.
Gerhana kali ini berlaku ketika solstis musim sejuk dan ia berlaku sekali dalam tempoh hampir 400 tahun.
Gerhana bulan itu dapat dilihat di rantau Amerika Utara, Pulau Greenland dan Iceland dengan penduduk di barat Eropah dapat melihat peringkat awalnya manakala barat Asia pula menyaksikan peringkat selepas gerhana apabila bulan kembali beransur terang. - Agensi
- kosmo

No comments: