Pages

Saturday, December 25, 2010

Santa Claus curi senapang pengawal

STOCKHOLM: Dua lelaki berpakaian seragam Santa Claus merompak selaras senapang daripada pengawal istana diraja Stockholm. 
Mereka menyerang pengawal itu awal semalam selepas masuk dan memukulnya sebelum lari sambil membawa raifal AK5, kata jurucakap polis, Anders Krook.Pengawal itu tidak cedera parah. Krook juga berkata, penyerang menyamar Santa Claus tetapi tidak memasuki istana yang bukan kediaman rasmi keluarga diraja. – AP

No comments: