PESHAWAR: Pemberontak Taliban melancarkan serangan terancang di lima pusat kawalan pemeriksaan tentera di timur laut Pakistan semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 askar dan 24 anggota militan terbunuh.
“Sekurang-kurangnya 11 anggota tentera terbunuh dan 12 lagi cedera,” kata Amjad Ali Khan, pentadbir daerah Mohmand, pada sidang media di pekan utama rantau itu, Ghalanai.Amjad berkata, sekurang-kurangnya 24 militan terbunuh apabila askar mematahkan serangan di lima pusat kawalan pemeriksaan berhampiran sempadan Afghanistan itu.
“Pihak tentera menghantar helikopter bersenjata dan mengebom tempat persembunyian Taliban,” kata Amjad.
Pegawai keselamatan kanan berkata, 150 anggota Taliban menyerang lima pusat kawalan Polis Sempadan di kawasan perkampungan Baidnami berhampiran sempadan Afghanistan.
Anggota keselamatan menyita kawasan berkenaan dan melancarkan gerakan mencari militan yang melarikan diri, sementara pasukan bantuan dihantar untuk mengawal pusat kawalan terbabit. – AFP
No comments:
Post a Comment