SUASANA lengang di luar gedung beli-belah Harrods di Knightsbridge, London kelmarin yang pada kebiasaannya sibuk dengan orang ramai. |
LONDON - Banyak pusat beli-belah termasuk Marks & Spencer dan John Lewis melancarkan jualan barang termasuk pakaian di laman web masing-masing di Internet
Potongan harga itu dibuat kerana cuaca terlalu sejuk yang menyebabkan orang ramai tidak dapat keluar membeli-belah sempena perayaan Krismas.
Promosi agresif itu dibuat selepas ramai pasar raya dan gedung beli-belah mengalami kerugian berjuta-juta pound akibat ketiadaan ramai pembeli disebabkan cuaca sejuk.
Salji dan ais yang kini melanda Britain dan dianggap fenomena paling buruk dalam tempoh 30 tahun telah memberi kesan terhadap ekonomi dan sektor pengangkutan.
Penganalisis dalam bidang peruncitan, Tarlok Teji dari Sekolah Perniagaan Manchester berkata: "Krismas menjadi dahsyat buat ramai peruncit dan saya menjangkakan ramai peruncit akan membuat satu keputusan memotong harga sebagai usaha untuk melariskan jualan." - Agensi, kosmo
No comments:
Post a Comment