LONDON - Ianya dihasilkan pada 1930-an, waktu di mana barangan dicipta untuk tahan selamanya dan telah melalui perubahan zaman yang menyaksikan pelbagai gaya rambut. Dan yang menakjubkan, pengering rambut ini masih berfungsi dengan sempurna dan menurut pemiliknya, John Wilcox, alat itu tidak pernah rosak atau perlu diperbaiki. Mesin tersebut tidak mempunyai sebarang nombor siri tetapi mempunyai kepingan besi yang bertulis ‘Siemens Electric Lamps and Supplies Ltd' dan 'Diperbuat di Britain'. Mempunyai berat 0.9 kilogram, pengering rambut itu hanya mempunyai butang kawalan 'buka/tutup' dan 'panas/sejuk' dan dijual bersama bekas kayu dan cermin. Jurucakap Guinness World Records berkata, belum wujud kategori pengering rambut paling tua dan masih berfungsi tetapi pertubuhan itu akan mewujudkannya jika dapat dibuktikan secara tepat bila mesin itu dihasilkan. |
Saturday, December 25, 2010
Pengering rambut berusia 80 tahun masih berfungsi
Labels:
Pengering rambut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment