Pages

Wednesday, December 8, 2010

Britain undur tentera dari Afghan tahun depan


David Cameron (tidak beruniform) melawat pasukan tentera armour Britain di Pangkalan Dua terletak antara Lashkar Gah dan Gereshk, semasa melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan, semalam. – REUTERS


LONDON 7 Dis. – Perdana Menteri Britain, David Cameron yang melakukan lawatan mengejut ke Afghanistan hari ini berkata, tenteranya akan berundur dari negara itu bermula tahun depan.
“Saya yakin ia boleh dilaksanakan tetapi kita perlu kekalkan perkembangan yang sedang berlaku,’’ katanya kepada pemberita di pangkalan tentera utama Britain, Kem Bastion di wilayah Helmand.
Beliau yakin berdasarkan keluasan kawasan yang dikawal, bilangan penduduk awam yang dilindungi, latihan Tentera Kebangsaan Afghanistan yang mengikut jadual, pusat latihan polis Helmand dan mood Rejimen Terjun serta Rejimen Diraja, semuanya berjalan dengan betul.
Cameron berlepas ke Afghanistan Ahad lalu. Namun, Downing Street tidak menyatakan bilakah beliau akan pulang.
Britain menghantar kira-kira 10,000 tentera ke Afghanistan.
Cameron diiringi Ketua Turus Pertahanan Jeneral David Richards, yang sebelum ini pernah menolak kemungkinan pengunduran tentera Britain bermula tahun depan.
Ketika ditanya adakah beliau percaya 2011 merupakan tarikh yang realistik, Cameron berkata: “Ya. Semuanya bergantung kepada keadaan pada tahun depan, tetapi berdasarkan perkembangan yang dicapai berbanding tiga bulan lalu semasa saya berada di sini, terlalu banyak perkara positif telah berlaku.” – AFP

No comments: