Pages

Thursday, November 4, 2010

Tazkirah: Hikmah Wakaf


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali melalui tiga sumber; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa untuknya.

Hikmah Wakaf
1. Sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
2. Membuka jalan bagi orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.
3. Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut kekal dimanfaatkan.
4. Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.
5. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

No comments: