Pages

Thursday, November 4, 2010

SPR guna helikopter di pedalaman




PETUGAS SPR menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke pusat pengundian Orang Asli di Gua Musang semalam.


GUA MUSANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menggunakan perkhidmatan helikopter untuk menghantar peti dan kertas undi untuk digunakan pada Pilihan Raya Kecil (DUN) Galas di empat peti undi yang terletak di pedalaman.
Peti undi tersebut ialah di Pos Hau, Balar, Belatim dan Bihai yang mempunyai sebanyak 25 saluran mengundi melibatkan pengundi Orang Asli.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dua buah helikopter digunakan untuk membawa peti dan kertas undi ke empat peti undi tersebut pada pukul 10.30 pagi.
“Kita terpaksa menggunakan perkhidmatan helikopter untuk memudahkan urusan membawa peti dan kertas undi ke kawasan tersebut yang hanya boleh sampai dengan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Dalam pada itu, Wan Ahmad memberitahu, lebih 80 peratus daripada 11,553 pengundi yang berdaftar sebagai pemilih di DUN Galas dijangka keluar membuang undi hari ini.

No comments: