Pages

Tuesday, November 9, 2010

PM Rusia uji kereta lumba F1


VLADIMIR PUTIN memandu kereta F1.


MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin menguji sebuah kereta perlumbaan Formula Satu (F1) kelmarin dengan memandu selaju hampir 240 kilometer sejam.
Pada bulan lalu Putin yang merupakan bekas Presiden Rusia menandatangani perjanjian dengan ketua perlumbaan F1, Bernie Ecclestone ke Rusia.
Perlumbaan F1 di Rusia akan bermula pada 2014.
Aksi Putin memandu kereta F1 itu akan membantu meningkatkan minat sukan tersebut di Rusia.
Perdana Menteri itu terkenal dengan aksinya yang melakukan beberapa kegiatan lasak sebelum ini.
Pada 2000, beliau terbang ke Chechnya dengan sebuah jet pejuang.
Putin turut dilihat menunggang seekor kuda dengan mendedahkan dadanya di kawasan pergunungan, berlawan judo dengan pencabarnya dan berenang di sebatang sungai di Siberia.
Beliau pernah mengawal sebuah pesawat jabatan bomba untuk menaburkan air ke kawasan hutan yang terbakar di selatan Moscow.
Semasa Putin menguji kereta F1 itu, beliau terlebih dahulu mendapatkan panduan daripada anggota-anggota pasukan perlumbaan F1, Renault.
Beliau memandu kereta F1 itu di sebuah trek perlumbaan di wilayah Leningrad.
Setelah menamatkan pemanduan dan diberitahu mengenai kelajuan maksimum yang dicapainya, Putin tersenyum dan berkata: "Buat pertama kalinya, ia bagus."
Kereta F1 boleh mencecah kelajuan melebihi 300 kilometer sejam.
Berdasarkan perjanjian F1, Rusia akan menganjurkan perlumbaan F1 dekat resort Sochi di Laut Hitam. - AP

No comments: