Pages

Tuesday, November 9, 2010

Doa Nabi Yusuf a.s


Hidup penuh perjuangan dan perjuangan sentiasa diwarnai ragam pengalaman,susah, senang, berat ringan dan sebagainya. Orang kaya, orang tidak berpunya,para penguasa, para nelayan, para petani, para guru dan semuanya memilikipengalaman sendiri-sendiri menelusuri orbit hidupnya.

Nabi Yusuf a.s. adalah seorang manusia di antara manusia lainya di muka bumiAllah yang sejak kecilnya dianugerahi aneka cerita hidup; baik derita batin mahupun derita zahir. Beliau adalah putera Nabi Yaakub yang ke 11 dari 12 orangbersaudara. Mereka suku asli Yahudi (Israil dewasa ini); bangsa yang terkenal dikalangan bangsa-bangsa sepanjang zaman.
Dulu, lebih kurang 4,000 tahun yang lalu, Yusuf yang masih kanak-kanak itudiseteru oleh putera-putera Yaakub, saudaranya sendiri. Yusuf merekacampakkan ke dalam telaga tua. Tidak lain, kerana pada Yusuf terdapat ciri-ciriakan menjadi manusia mulia.

Untunglah, kemudian Yusuf diselamatkan oleh kabilah, pedagang yang mencariair. Yusuf mereka bawa ke negeri Mesir, lalu diperjual belikan sebagai hamba.Dari tangan ke tangan, dari tuan ke tuan lain, akhirnya Yusuf jadi anak angkatdari suatu keluarga berpengaruh di negeri Firaun yang terkenal dalam sejarah.Bukan itu saja, tetapi Yusuf mampu menjadi penguasa Mesir yang terkenalmakmur dan adil.
Yusuf, dari masa kanak-kanak hingga menjadi Raja Mesir dan Nabi adalah yangterkenal cantik, naik darjat dengan menempuhi ragam penderitaan, zahir danbatin. Berpisah dengan orang tua sejak masa kecil, nyaris mati atas aniayasaudara-saudara sendiri, masuk dalam penjara dan sekian derita lain yang tidaksempat dirakam oleh sejarah. Apakah setiap orang mulia harus melewatipengalaman, ujian dan fimah seperti demikian? Wallahu a'lam.
Yang jelas, setelah Yusuf berkumpul kembali dengan keluarganya, beliau
menyampaikan doa syukurnya:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ 

وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ


Ertinya:
"Ya Tuhan, sungguh Engkau telah menganugerahkan daku akan sebahagian kekuasaandan juga telah mengajarkan kepadaku akan sebahagian tabirmimpi. Yang Penciptalangit dan bumi ini, Engkaulah Pelindungku baik di dunia mahupun di akhirat. Wafatlahaku dalam keadaan Islam dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yangsoleh."
(Yusuf: 101)

No comments: