Pages

Tuesday, November 16, 2010

Penduduk abai larangan bahaya




2010/11/16

SEORANG penduduk kampung di Sleman, Yogyakarta mengutip barangan  di sekitar rumahnya yang musnah ekoran letusan Gunung Merapi.
SEORANG penduduk kampung di Sleman, Yogyakarta mengutip barangan di sekitar rumahnya yang musnah ekoran letusan Gunung Merapi.
Ribuan keluarga di Yogyakarta pulang ke rumah

YOGYAKARTA: Beribu-ribu keluarga dilaporkan kembali ke perkampungan mereka semalam walaupun saintis memberi amaran Gunung Merapi masih lagi menjadi ancaman. 

Sambil membawa barangan menaiki motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 penduduk meninggalkan kawasan penempatan sementara selepas kerajaan mula mengurangkan zon bahaya 20 kilometer kepada separuh daripada jarak itu di beberapa daerah.Bagaimanapun pihak berkuasa berkata gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih lagi menjadi ancaman ketika pasukan menyelamat membawa keluar 17 lagi mayat dari kawasan perkampungan di Jawa tengah itu yang terbabit dalam siri letupan bermula 16 Oktober lalu.
“Proses letusan masih lagi berterusan tetapi ia semakin berkurangan. Status masih lagi di tahap berjaga-jaga,” kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP. 

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata seramai 367,548 penduduk masih lagi tinggal di kawasan penempatan sementara semalam, kira-kira 30,000 berkurangan berbanding Ahad. 

Kebanyakan mereka yang pulang adalah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang di mana zon bahaya sudah dikurangkan. 

“Kami menjangkakan lebih ramai akan pulang hari ini,” katanya. 
Gunung Merapi sehingga semalam sudah meragut 259 nyawa sejak menjadi aktif semula lebih dua minggu lalu. 

Angka kematian meningkat berikutan pasukan mencari mula memasuki zon bahaya dan menemui lebih banyak mayat dalam debu di mana mereka terperangkap berikutan gas dan batuan yang dimuntahkan gunung terbabit. 

Kebanyakan mereka mati ketika gunung berapi itu meletup pada 5 November yang disifatkan sebagai letupan paling besar dalam tempoh lebih satu abad. – AFP 

No comments: