2010/11/16
DEMI Moore bersama suaminya Ashton Kutcher ketika menghadiri sidang media baru-baru ini.
LONDON: Aktres Demi Moore bakal memasuki usia 48 tahun beberapa hari lagi tetapi beliau kelihatan tampil berseri dengan wajah segar ketika menghadiri satu majlis anjuran Lotus di Los Angeles beberapa hari lalu.
Pelakon Charlie’s Angels itu dilaporkan memperagakan bentuk badannya dengan mengenakan seluar kulit sendat hijau zaitun serta memakai but hitam dan jaket pada parti yang diadakan di sebuah kediaman persendirian.Beliau turut dilihat membawa air kelapa ketika menghadiri acara permaidani merah di Barat Hollywood itu di mana paparazzi dilaporkan tertarik dengan kulitnya yang berseri.Mungkin minuman berkenaan menjadi rahsia terbaru penjagaan kulit Demi.
Bagaimanapun Demi bukanlah satu-satunya bintang Hollywood yang gemar minum air kelapa yang kini menjadi kegilaan kebanyakan selebriti kelas A termasuk Madonna, Sienna Miller dan Jessica Simpson yang mula terpengaruh dengan khasiat air berkenaan.
Minuman yang dikatakan tidak mengandungi lemak dan kolesterol selain kandungan kalorinya yang rendah serta kaya dengan elektrolait, air kelapa kini menjadi minuman kesihatan baru yang mula digilai di Amerika Syarikat, mengatasi jualan minuman acai berry dan air Kabbalah.
Malah botol minuman air kelapa kini diibaratkan sebagai ‘aksesori’ terbaru kebanyakan selebriti Hollywood apabila mereka sering membawanya ke mana saja.
Madonna dikatakan amat berminat dengan minuman air kelapa sehingga sanggup melabur dalam syarikat Vita Coco yang mengedarkan minuman terbabit. – Agensi
No comments:
Post a Comment