2010/10/16
VATICAN: Pemimpin Vatican, Pope Benedict XVI memberitahu Presiden Perancis Nicolas Sarkozy bahawa isterinya, Carla Bruni, tidak dialu-alukan jika mahu melakukan kunjungan terbarunya ke sini kerana media Itali mungkin menerbitkan gambar lucah wanita pertama Perancis itu. Vatican dikatakan menghantar mesej kepada duta Perancis berhubung kehadiran supermodel kelahiran Itali itu ketika pertemuan suaminya selama 30 minit dengan Pope awal bulan ini, mengatakan: “Carla Sarkozy tidak dialu-alukan di Vatican.”Akhbar mingguan Le Canard Enchaîné, melaporkan Pope bimbang kehadirannya mungkin menyebabkan akhbar Itali menyiarkan banyak gambar bogel dan lucah bekas model itu.“Pope mahu mengelak gambar menunjukkan Carla dan Pope bersama pada gambar muka depan bersebelahan gambar lucah Carla,” kata akhbar itu.
Akibatnya, model dan penyanyi berusia 43 tahun itu tinggal di Paris ketika kunjungan kilat suaminya.
Gambar wanita pertama Perancis itu sama ada berbogel atau separuh bogel ketika menjadi model menjadi pemandangan biasa di Perancis dan media antarabangsa.
Dalam satu gambar muka depan dikeluarkan majalah Sepanyol beberapa minggu sebelum perkahwinannya pada Februari 2008 dengan Sarkozy, Carla Bruni bergambar bogel sambil bersandar pada sofa kulit hitam dengan memakai but tinggi.
Satu gambar hitam putihnya yang berbogel dan hanya menutup bahagian sulitnya dengan tangan dilelong di Christie’s beberapa hari selepas lawatan negara pertamanya ke Britain pada Mac 2008.
Sarkozy memohon pertemuan sulit dengan Pope, kata pemerhati, untuk memujuk pengundi konservatif majoriti Katolik Perancis yang terkejut dengan usahanya mengusir penduduk Gipsi Roma pada musim panas, tindakan yang dikritik Vatican sendiri.
Undian menunjukkan populariti Sarkozy di kalangan penduduk Katolik Perancis jatuh daripada 61 peratus kepada 47 peratus sejak beberapa tahun lalu. – Agensi
No comments:
Post a Comment