Seruan itu dibuat oleh Suruhanjaya Tirkel lewat semalam, beberapa jam sebelum dua orang penumpang Arab-Israel memberi akuan bersumpah mengenai pengalaman mereka di atas kapal tersebut semasa ia diserang komando Israel pada 31 Mei lalu.
"Suruhanjaya Tirkel mahu keterangan diberikan oleh mana-mana penumpang Mavi Marmara... dan sesiapa yang mempunyai maklumat yang dapat membantu siasatan," kata kenyataan itu.
Suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Israel pada Jun lalu itu diberi mandat untuk menyiasat kesahihan serangan yang mengakibatkan sembilan aktivis Turki mati ditembak.
Sehingga kini, panel dengan empat anggota itu masih belum mendengar keterangan langsung daripada mereka yang terlibat dalam insiden di atas Mavi Marmara, kapal utama dalam konvoi enam kapal dalam usaha memecah kepungan Israel ke atas Genting Gaza.
Dua lelaki yang memberi keterangan hari ini adalah Mohammed Zedan dan Sheikh Hamad Abu Daabis yang berada di atas kapal Mavi Marmara semasa ia berada di perairan antarabangsa pada awal pagi.
Panel itu sebelum ini menerima keterangan daripada pegawai tinggi Israel, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak dan Ketua Staf Tentera Gabi Ashkenazi.
Namun, anggota tentera Yahudi yang terlibat dalam serangan itu tidak dibenarkan untuk disoal siasat.
Israel mendakwa askarnya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas diserang dengan kayu dan pisau oleh aktivis di atas kapal berkenaan, namun aktivis memberitahu bahawa komando Yahudi melepaskan tembakan terlebih dahulu sebaik-baik turun dari helikopter menaiki kapal Mavi Marmara. - AFP
No comments:
Post a Comment