BAITULMAQDIS - Kerja-kerja membina 600 rumah baru penduduk Israel sudah dimulakan di Tebing Barat sejak kerajaan Zionis memutuskan untuk meneruskan pembinaan penempatan tersebut selepas dibekukan selama 10 bulan oleh permintaan Palestin. Agensi media The Associated Press melaporkan sekurang-kurangnya 350 tapak rumah teres sudah mula digali manakala pembinaan 250 rumah lagi dalam peringkat permulaan. Rundingan damai di antara pemimpin Israel dan Palestin terpaksa ditangguhkan kerana Netanyahu memutuskan untuk meneruskan semula pembinaan tersebut. Sekurang-kurangnya 300,000 penduduk Israel menetap di Tebing Barat dan 200,000 lagi di timur Baitulmaqdis. |
Tuesday, October 26, 2010
600 perumahan baru Israel mula dibina
Labels:
israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment