Pages

Thursday, September 9, 2010

Rumah ada landasan kereta api dilelong




GAMBAR menunjukkan rumah yang mengandungi landasan kereta api mainan untuk dilelong di North Hykeham, Britain.


NORTH HYKEHAM, Britain - Sebuah rumah yang mengandungi sebuah landasan kereta api mainan kini dilelong pada harga £105,000 (RM505,411), lapor sebuah akhbar semalam.
Landasan kereta api itu turut dilengkapi dengan patung-patung penumpang sedang menunggu kereta api di platform.
Landasan kereta api mainan itu dibina oleh pemilik rumah tersebut, Mo Reynolds yang meninggal dunia pada Jun lalu.
Reynolds membina landasan kereta api mainan itu selama bertahun-tahun yang turut mengandungi sistem bunyi kesan khas dan 12 model kereta api diesel dan stim.
Ejen hartanah yang menjual rumah itu berharap, ia akan dijual kepada pembeli yang boleh melakukan kerja-kerja baik pulih landasan tersebut. - Agensi

No comments: