Pages

Thursday, September 9, 2010

Khutbah Aidilfitri hanya 15 minit





2010/09/09

MANAMA: Pihak berkuasa di Qatar memberi peringatan supaya solat dan khutbah Aidilfitri di negara itu disampaikan tidak melebihi 15 minit bagi mengelak jemaah di kawasan terbuka terdedah kepada cuaca panas melampau. 

Kementerian Hal Ehwal Islam dan Awqaf berkata imam dinasihatkan menyampaikan dua khutbah pendek selepas solat sunat Aidilfitri dan cuba mengelak masa berlanjutan yang biasanya membabitkan sehingga 30 minit. pegawai kanan jawatankuasa masjid berkata, keputusan terbabit dibuat bagi mengambil kira kepentingan jemaah yang akan berhimpun dalam kumpulan besar untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, lapor akhbar harian Qatar, The Peninsula semalam.
Jawatankuasa masjid kementerian terbabit sudah menghantar mesej kepada semua imam bagi memaklumkan keputusan terbabit. 

Arahan terbabit bertujuan membantu jemaah bagi mengelak keadaan cuaca melampau dalam sejarah Qatar, sehingga buruh yang bekerja di kawasan terbuka sejak sekian lama terdedah dengan suhu melampau sepanjang musim panas sebelum satu peraturan ketat dikeluarkan pihak berkuasa yang melarang syarikat daripada memaksa golongan terbabit bekerja pada waktu tengah hari. 

Keadaan suhu dan kelembapan tinggi berkenaan bermula sejak Jun dan dijangka berterusan sehingga pertengahan September. 

Beberapa ulama Islam terkemuka di negara itu diarahkan mengetuai solat sunat Aidilfitri pada hari raya pertama menandakan berakhirnya Ramadan. 
Acara solat sunat berkenaan akan bermula pada 5.30 pagi kira-kira satu jam setengah selepas waktu subuh. – Agensi

No comments: