Pages

Wednesday, September 15, 2010

Pengusaha burung walet beli bangunan baru




2010/09/15

TELUK INTAN: Ramai kalangan pengusaha sarang burung layang-layang atau walit di daerah Hilir Perak sanggup menyewa atau membeli bangunan baru dengan harga mahal semata-mata untuk dijadikan premis bagi haiwan berkenaan membuat sarang. 

Hampir semua bangunan rumah kediaman atau premis rumah kedai yang baru dibina menjadi rebutan di kalangan penternak terbabit, berikutan harga sarang burung layang-layang sangat tinggi di pasaran antarabangsa.Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Hilir Perak, Goh Ah Seng, berkata pasaran sarang burung Walit melonjak naik apabila Kerajaan Pusat menetapkan garis panduan perniagaan itu serta mengiktirafnya sebagai pelaburan yang berpotensi.
"Kawasan yang banyak burung Walit bersarang dianggap sebagai lokasi panas dan menjadi tumpuan utama pengusaha untuk menyewa atau membeli premis baru untuk dijadikan tempat pembiakan sarangnya. 

"Kebiasaannya premis dua hingga enam tingkat menjadi pilihan dengan kadar sewa mencecah antara RM10,000 hingga RM1 juta sebulan kerana lokasi itu menjadi tumpuan banyak sarang burung Walit," katanya kepada Berita Harian di sini, kelmarin. 

Beliau berkata, Perak antara kawasan perusahaan sarang burung Walit paling berpotensi kerana beribu-ribu burung spesies berkenaan dari Sumatera, Indonesia, berhijrah ke daerah Manjung dan Hilir Perak berikutan pembakaran hutan secara besar-besaran di negara berkenaan. 

No comments: