Sesungguhnya kubur memanggil anda 5 kali sehari:
- Wahai manusia! kami adalah rumah terpencil, maka bacalah Al-Quran agar kamu ditemaninya nanti.
- Wahai manusia! kami adalah rumah yang gelap, maka tunaikan solat lima waktu kerana ianya akan menjadi obor kepada kamu didalam kubur nanti.
- wahai manusia ! kami adalah rumah daripada tanah, maka lakukan amal soleh untuk kamu jadikan hamparan di dalamnya kelak.
- Wahai manusia ! kami adalah rumah ular-ular yang besar, maka carilah penawar untuk mengubati bisa-bisa ular tersebut dengan Bacaan ” Bismillah Hirrahman Nirrahim ” dan air mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT.
- Wahai manusia ! kami adalah rumah tempat pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nangkir, maka perbanyakkanlah bacaan ” La Ilaha Illallah ” agar dapat membantu kamu menjawab pertanyaan mereka.
Kitab Ingat akan maut m/s: 64
No comments:
Post a Comment