Pages

Wednesday, September 15, 2010

Harga kambing korban RM872 seekor




2010/09/15

SINGAPURA: Harga kambing untuk ibadat korban di Singapura ditetapkan pada S$375 (RM872.12) bagi tempoh tiga tahun akan datang. 

Namun harga itu mungkin berubah mengikut keadaan pasaran. Sebuah syarikat berjaya mendapat tender membekalkan kambing korban ke Singapura untuk tiga tahun akan datang.Ketika dihubungi melalui e-mel, Pengurus Umum (Perkhidmatan Korporat) syarikat itu, Feisal J Marican, berkata walaupun harga sudah ditetapkan, kontrak yang ditandatangani syarikatnya mempunyai syarat tertentu.
Katanya, syarikatnya membenarkan harga yang ditetapkan dinaikkan atau diturunkan jika harga pasaran turun atau naik lebih daripada lima peratus. 

“'Ini memberikan keyakinan dan kemantapan dari segi harga kepada orang ramai.” 

Ketika ditanya mengapa harga kambing lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, dia berkata, ia disebabkan beberapa faktor ekonomi, seperti nilai mata wang, bekalan haiwan korban dan kos penerbangan serta logistik. 

Beliau memberitahu Berita Harian Singapura bahawa syarikatnya akan membawa masuk sekurang-kurangnya 5,500 ekor kambing dari Australia. 
Feisal berkata syarikatnya yakin dapat menerima tempahan antara 5,500 dengan 6,000 kambing pada musim korban ini. – Agensi 

No comments: