Wednesday, September 29, 2010
Pelakon 'Titanic' meninggal dunia pada umur 100 tahun
LOS ANGELES - Pelakon filem 'Titanic', Gloria Stuart, 100, meninggal dunia akibat kesukaran untuk bernafas di rumah anak perempuannya, di Los Angeles, lewat Ahad lalu.
Mendiang menghidap kanser paru-paru sejak lima tahun lalu tetapi dalam masa yang sama, Stuart juga adalah penghidap kanser payudara sejak 20 tahun lalu.
Stuart dilahirkan di Santa Monica, California pada 1910 dan memulakan kariernya sebagai pelakon semasa beliau menuntut di sebuah kolej tempatan.
Beliau kemudiannya menandatangani kontrak bersama Universal Studios dan beraksi dalam filem pertamanya 'The Old Dark House' serta filem seram klasik yang lain pada era 30-an.
Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan, Sylvia Vaughn Thompson, empat orang cucu dan 12 cicit.
Labels:
titanic
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment