Pages

Wednesday, September 29, 2010

280 buaya terlepas di Mexico




MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 280 buaya terlepas daripada kawasan pemulihan berdekatan Teluk Mexico selepas banjir besar akibat Taufan Karl, 21 September lalu. 

Haiwan terancam itu dilihat di enam kawasan perairan di Veracruz dan penduduk dinasihatkan supaya tidak menangkap buaya tersebut atau membunuhnya. 

Gabenor Veracruz, Fidel Herrera melaporkan sekurang-kurangnya 280 buaya spesies Morelet itu terlepas dari kawasan pemuliharaan di La Antigua. 

Menurutnya, pakar buaya dihantar ke seluruh kawasan Veracruz untuk cuba menangkap semula reptilia itu.

No comments: