Pages

Wednesday, September 29, 2010

Elak membazir masa di Internet



RAMAI di antara kita yang bersalah melakukannya.Kita sering membuang masa di Internet melungsur blog demi blog, menyusuri laman Facebook seorang rakan dan mengamati gambar-gambarnya, menonton klip video Fandi Ahmad menjaringkan gol untuk pasukan Groningen menentang Inter Milan.Semestinya, melakukan perkara ini bukanlah salah, jika ia tidak selalu dilakukan dan tidak menjadi tabiat dua atau tiga jam sehari.Dan untuk mereka yang telah ketagih berbuat demikian, kami ada beberapa panduan untuk anda mengurangkan pembaziran masa di Internet.Tetapkan sasaran yang jelasTiga laman web yang diiktiraf sebagai sumber pembaziran masa utama adalah Digg, YouTube dan Facebook.Sebab itulah, pahatkan sasaran anda yang jelas di minda apabila melawat laman-laman ini.Sebagai contoh, tetapkan satu artikel menarik yang akan anda baca di Digg dan satu atau dua klip video yang ingin anda tonton menerusi YouTube.Alihkan tumpuan anda pada sesuatu tugas yang lebih penting selepas anda melakukan perkara-perkara yang telah anda tetapkan ini.Jangan mundar-mandirKawal diri anda daripada mengklik sesebuah klip video yang berkaitan semasa anda sedang menonton sebuah klip video yang lain.Ramai yang gagal mengawal diri mereka akan menonton sekurang-kurangnya lagi lima video kerana setiap video akan dikaitkan dengan beberapa video yang lain.Oleh itu, anda harus tumpukan perhatian pada video asal dan mengatur rancangan untuk kembali ke video berkaitan di lain kesempatan.Elak perbualan segeraJika boleh, elak melog masuk ke sofwe mesej perbualan segera kerana perbuatan ini akan menyerap lebih banyak masa yang sepatutnya anda luangkan untuk bertugas.Usah melog masuk juga untuk tujuan 'melihat-lihat' semata-mata.Pantau masaHadkan masa yang anda luangkan di sesebuah laman pada lima atau 10 minit sahaja.Jika perlu, hidupkan jam loceng supaya anda tidak terlupa untuk berganjak dari satu laman ke laman yang lain.Mengikut konsep yang sama, anda juga boleh menetapkan satu hari bebas Internet.Anda perlu meluangkan masa 24 jam untuk berjauhan daripada komputer anda dan anda akan kembali kepadanya dengan minda yang segar.Jangan bertengkarUsah membazir masa melibatkan diri anda dalam perbincangan forum yang berapi-api.Jika terlalu ingin, terbitkan satu maklum balas dan kemudian biarkannya sahaja.Sesuatu perbahasan di Internet berpotensi menjadi perbincangan yang berlarutan sehingga berhari-hari jika tidak dikawal.Usah bimbangkan perkara kecilRamai pengguna Facebook akan mengambil masa yang berlanjutan untuk menyunting gambar mereka sebelum dimuat naik ke Facebook.Ada yang mengambil masa berjam-jam untuk menerbitkan sesuatu tulisan kerana inginkan terbitan yang sempurna.Internet adalah sesuatu wadah dinamik.Usah bimbang membuat kesilapan kerana ia boleh anda perbetulkan di lain masa.Akui pembaziran andaAkhir sekali, anda perlu menyedari bahawa sesuatu perbuatan anda di Internet tiada hasil dan hanya pembaziran semata-mata.Ada banyak perkara lain yang boleh anda lakukan untuk mengisi masa yang ada dan mengakui pembaziran anda adalah langkah pertama untuk membanteras tabiat ini.

No comments: