Saturday, September 25, 2010
Misteri bahasa asing
LIMA - Pakar kaji purba di Peru mendedahkan mengenai penemuan sepucuk surat pada 2008 yang mengandungi bahasa yang sukar difahami.
Surat itu ditemui sekumpulan pakar kaji purba antarabangsa di bawah runtuhan Gereja Magdalena de Cao Viejo di tapak kajian arkeologi kurun ke-17 berhampiran Trujillo di bahagian utara negara itu pada 2008.
Maklumat dan foto mengenai surat itu diedarkan kepada wakil media pada 22 September lalu.
Pakar kaji purba di Muzium Arkeologi dan Etnologi Universiti Harvard, Jeffrey Quilter menjelaskan bahawa kompleks gereja itu dihuni paderi Dominican selama dua kurun.
"Kajian awal kami mendapati bahawa tulisan yang terdapat pada surat itu adalah sistem nombor dalam suatu bahasa yang dipercayai sudah pupus ratusan tahun dahulu," katanya.
Bahasa itu bagaimanapun dipercayai ada sedikit persamaan dan pengaruh bahasa kuno Quechua yang masih dituturkan jutaan penduduk di Andes.
"Namun, bahasa yang tercatat pada surat yang ditemui adalah struktur bahasa yang tidak pernah digunakan dan tidak dituturkan sejak kurun ke-16 dan ke-17," kata Quilter.
Ada juga pandangan yang mengatakan bahasa itu adalah versi bertulis bagi Bahasa Pescadora yang pernah dituturkan nelayan di pantai bahagian utara Peru.
Menurut Quilter, tiada sebarang rekod mengenai versi bertulis Bahasa Pescadora
Labels:
misteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment