Pages

Thursday, September 23, 2010

Keganasan mungkin tercetus



TEL AVIV - Ketua tentera Israel, Gabi Ashkenazi memberi amaran bahawa kegagalan rundingan damai antara Palestin dan Israel mungkin mencetuskan protes dan serangan ganas di wilayah Palestin yang dikuasai Israel di Tebing Barat. 

Kenyataan Ashkenazi itu dikeluarkan selepas Washington, yang menjadi orang tengah dalam rundingan terbaru itu, menyuarakan kebimbangan rundingan itu akan terhenti selepas kedua pihak gagal mencapai kesepakatan mengenai isu penempatan Yahudi di Tebing Barat. 

Israel menerima tekanan Amerika Syarikat dan Kuartet Timur Tengah supaya melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang akan berakhir, 26 September depan. 

Kerajaan Palestin memberi amaran akan menarik diri daripada rundingan itu jika tempoh pembekuan tidak dilanjutkan. 

Ashkenazi berkata, tentera Israel sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika rundingan rapuh itu gagal, termasuk demonstrasi ganas dan serangan ke atas Israel. 

Kebangkitan pejuang Palestin, atau dikenali sebagai Intifada Kedua berlaku selepas rundingan damai antara Palestin dan Israel menemui kegagalan, pada 2000.

No comments: