Pages

Thursday, September 23, 2010

Banglo berhantu gagal dilelong




GAMBAR menunjukkan banglo berhantu yang gagal dilelong di Portsmouth, Britain.


PORTSMOUTH - Sebuah banglo yang didakwa antara hartanah paling berhantu di Britain gagal dilelong, lapor sebuah akhbar semalam.
Banglo berkenaan yang dikenali sebagai Wymering Manor dan dibina pada kurun ke-17 dipercayai merupakan rumah paling tua di sini, selatan England.
Kediaman itu yang perlu dibaiki jika mahu didiami dilelong oleh Firma Lelongan Andrews & Robertson dengan harga permulaan £375,000 (RM1.8 juta) di London baru-baru ini.
Ekoran beberapa kejadian aneh, pengawal keselamatan enggan bertugas seorang diri pada waktu malam di banglo itu kerana takut kehadiran roh jahat.
Pelbagai kejadian seram termasuk suhu sejuk berlaku secara tiba-tiba, terdapat suara bisikan kanak-kanak dan kemunculan beberapa lembaga pernah dicatatkan dalam dokumen mengenai aktiviti paranormal di kediaman berkenaan. - Agensi

No comments: