BAITULMAQDIS 23 Ogos - Ketegangan politik mengenai tanah perkuburan Islam di Baitulmaqdis yang bermula dengan dakwaan tidak sensitif ke atas rancangan menubuhkan muzium toleransi agama di tapak itu, bertambah buruk apabila timbul pertikaian lebih hangat sama ada beratus-ratus batu nisan di situ benar atau palsu.
Kedamaian tanah perkuburan Mamilla terganggu bulan ini dengan jentolak Israel memusnahkan batu nisan di tengah malam dan protes orang Islam. Kawasan batu nisan sunyi di barat Baitulmaqdis ini kini menjadi titik genting dalam tuntutan ke atas kota suci ini antara Israel-Palestin.
Sejak awal tahun ini, aktivis dari Pergerakan Islam di Israel membersihkan dan memulihkan makam di tanah perkuburan itu yang dikatakan menempatkan makam sarjana Islam yang dikebumikan bersama pahlawan yang menentang tentera Salib iaitu Salahudin al-Ayyubi.
Namun pihak berkuasa Yahudi menuduh aktivis terbabit tidak memulihkan tetapi menghasilkan beratus-ratus kubur dalam cubaan politik untuk mengukuhkan pemilikan terhadap tapak itu.
Bulan ini, majlis perbandaran tiba pada waktu malam dan menggunakan jentolak untuk meratakan 300 penanda makam yang didakwa pegawai dan ahli arkeologi Israel sebagai palsu dan tidak mengandungi mayat. - AP
No comments:
Post a Comment