2010/08/24
DUBAI: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menolak kemungkinan serangan oleh Israel atau Amerika Syarikat terhadap republik itu, katanya dalam satu temubual disiarkan rangkaian televisyen satelit Al-Jazeera. Saya tolak kemungkinan serangan oleh Israel. Israel terlalu lemah berhadapan dengan tentera Iran, kata Ahmadinejad bercakap dalam bahasa Parsi yang kemudian diterjemah ke dalam bahasa Arab.Israel tidak mempunyai keberanian untuk melakukannya dan saya tidak merasakan ancaman ini terlalu serius, katanya.Israel dan Amerika Syarikat mengesyaki program pengkayaan uranium Iran mempunyai tujuan ketenteraan iaitu membina sebuah senjata nuklear. Teheran menafikan dakwaan itu dengan menyatakan tujuan program nuklearnya untuk penggunaan secara aman.
Bagaimanapun Tel Aviv mahu pun sekutunya tidak menolak kemungkinan menggunakan tindakan ketenteraan terhadap program nuklear Iran berkenaan. Israel sendiri dipercayai adalah kuasa senjata nuklear tunggal di Asia Barat.
Dalam temubual berkenaan, Ahmadinejad juga berkata negara Arab di Teluk tidak akan membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pangkalan di rantau itu untuk melancar serangan terhadap Iran.
Ketika ditanya kemungkinan negara Arab akan membenarkan Washington menggunakan pangkalan mereka di rantau itu untuk menyerang Iran, presiden terbabit menjawab: Mereka lebih bijak dari itu. Amerika tidak berminat mencetuskan konfrontasi ketenteraan dengan Iran, katanya. AFP
No comments:
Post a Comment