Pages

Sunday, August 1, 2010

Rahmat dalam ketaqwaan amat perlu untuk menghadapi kematian



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs228.snc4/38714_139796286043683_100000399367507_256982_6598879_n.jpg
Umar r.a. hu berkata:"Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang simalang itu ialah aku sendiri. Sebalinya kalau diistiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan  Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri."
Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi. Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi. Kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Tidak seorang pun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t.."

No comments: