Pages

Sunday, August 1, 2010

Israel lancar peluru berpandu ke Gaza





2010/08/01

SEORANG lelaki mendukung budak perempuan Palestin yang cedera ke Hospital Al-Shifa selepas Israel menyerang Bandaraya Gaza dari udara kelmarin.
SEORANG lelaki mendukung budak perempuan Palestin yang cedera ke Hospital Al-Shifa selepas Israel menyerang Bandaraya Gaza dari udara kelmarin.
Komander Hamas terbunuh dalam serangan 

BANDARAYA GAZA: Pesawat perang Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah lima sasaran di seluruh Gaza, mengorbankan seorang komander kanan sayap tentera Hamas dan mencederakan 11 lain, kata kumpulan itu semalam.
Tentera Israel mengesahkan serangan udara itu dan berkata mereka membalas serangan roket dari Gaza ke arah bandar tepi pantai Israel di Ashkelon kelmarin. Serangan ke atas Ashkelon menyebabkan kerosakan namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian terbabit tercetus berikutan keadaan tenang selama beberapa minggu, dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku serangan lanjut. 
Pegawai sayap tentera Hamas, Izzedine al-Qassam, berkata Hamas akan membalas dendam atas pembunuhan Issa Batran, 42. Beliau berkata Israel mengenal pasti Batran sebagai komander sayap tentera di tengah Gaza dan seorang pembuat roket kanan. 

Hamas berkata lapan penyokong dan tiga orang awam cedera dalam serangan udara itu. 

Sasaran terkena peluru berpandu termasuk sebuah kem latihan tentera Hamas di sini, terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir dan kawasan setinggan di pinggir kem pelarian Nusseirat, kata pihak berkuasa Hamas. 
Hamas merampas Gaza pada 2007, dan terus mengambil alih kuasa daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang disokong pada peringkat antarabangsa. 
Militan Islam terbabit dilaporkan membangunkan roket mentah sejak beberapa dekad lalu dan sudah melepaskan beratus-ratus daripadanya ke arah bandar di sempadan Israel. – AP

No comments: