Pages

Tuesday, July 27, 2010

Surat kepada kucing sebenarnya untuk isteri

SALT LAKE CITY: Seorang lelaki di Utah didakwa melanggar perintah mahkamah kerana mengirim surat kepada kucing isterinya walaupun ia sebenarnya ditujukan kepada wanita itu.

Pihak berkuasa di Salt Lake City berkata, Ronald Charles Dallas, 32, diarahkan supaya tidak menghubungi isterinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.Pegawai pendakwa berkata, Dallas mengirim 11 pucuk surat dari penjara dialamatkan kepada kucing isterinya, Molly selain hakim dan seorang jiran, tetapi semuanya ditujukan kepada isterinya. AP

No comments: