RAFAH – Lebih 7,200 kanak-kanak di Gaza menggelecek bola keranjang dan mencipta satu rekod tidak rasmi di lapangan terbang di Rafah, Khamis lalu. Ketua Agensi Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), John Ging berkata, kanak-kanak Gaza memiliki bakat yang hebat dan sepatutnya diberikan peluang untuk mereka menyedari kebolehan sebenar. Acara yang dinamakan Great Gaza Global Bounce diadakan sempena Sukan Musim Panas yang menyediakan aktiviti rekreasi untuk kanak-kanak sekitar Gaza. Jurucakap Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB, Chris Gunness berkata, rekod menggelecek besar-besaran ini perlu disahkan Guinness Book of World Records sebelum diiktiraf sebagai suatu rekod dunia. Rekod dunia menggelecek bola keranjang dicipta pada 2007 di Indiana di mana lebih 3,000 bola digelecek secara serentak. |
Tuesday, July 27, 2010
Kanak-kanak Gaza cipta rekod dunia
Labels:
gaza
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment