Pages

Sunday, July 18, 2010

Pengalaman ngeri pengguna botox

KUALA LUMPUR: Wartawan Metro Ahad berjaya menemubual seorang lelaki lembut yang pernah menjadi pelanggan tetap operasi haram suntikan botox di sebuah hotel tiga bintang di sini.
Dia mengaku mahu kelihatan cantik seperti artis wanita hingga sanggup berbelanja besar tetapi kini bertukar mimpi ngeri.
Pelik tapi benar apabila pondan itu yang mahu dikenali sebagai Azri, 26, berdepan keadaan menyeksakan apabila bukan saja terpaksa menahan sakit tetapi pada masa tertentu dia menyondol-nyondol dan mendengus seperti babi.

“Rupa-rupanya botox yang disuntik ke wajah saya menggunakan ramuan lemak babi. Saya buat pemeriksaan lanjut dan botox itu disahkan mengandungi lemak babi.

“Lebih mengejutkan, rakan bukan Islam yang pernah menggunakan khidmat doktor sama mendakwa, ada kemungkinan botox itu diselitkan sihir tertentu supaya penggunanya memiliki cantik ‘luar biasa’,” katanya ketika ditemui Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Azri, sejak menggunakan botox itu, dia mengakui bukan saja mempunyai perwatakan mirip babi, tetapi suka menjeling dan sering berasa dirinya cantik.

Katanya, bukan saja dia berperwatakan seperti babi, wajahnya kadangkala bengkak dan berasa sakit seolah-olah disiat.

“Saya juga perlu kerap memicit hidung yang disuntik botox supaya tidak kembang yang sebenarnya membuatkan wajah saya lebih hodoh,” katanya yang menganggap kesengsaraan itu sukar digambarkan dengan perkataan.

Katanya, dia mula menyedari ada yang tidak kena dengan penggunaan botox itu selepas menderita penyakit ganjil yang didakwa disihir seseorang, dipercayai kenalan di kalangan pondan, kerana cemburu dan hasad dengki.

“Ketika menderita akibat disihir awal tahun lalu, saya mula menyedari kelakuan berubah setiap kali bertemu pakar agama atau ustaz untuk berubat.

“Beberapa ustaz yang ditemui mendakwa, ketika berubat, tingkah laku saya bertukar seolah-olah seekor babi dan menyondol-nyondol tanpa saya sedari.

No comments: