Pages

Thursday, June 24, 2010

Gambar Polaroid dilelong RM2.34j


GAMBAR polaroid 1938 oleh Ansel Adams berjudul Clearing Winter Storm, Yosemite National Park mungkin dicetak pada 1950-an atau 1960-an mencatat jualan RM2.34 juta dalam lelongan Sotheby, Isnin lalu. - AP


NEW YORK 23 Jun - Gambar yang dihasilkan melalui kamera terkemuka pada abad ke-20, Polaroid berjaya mencatat jualan tertinggi semasa jualan lelong selama dua hari yang diadakan di sini dan berkahir semalam.
Jualan lelong melibatkan lebih 1,000 keping gambar itu mencatat hasil jualan berjumlah AS$12.4 juta (RM40.10 juta), melebihi jangkaan sebelum ini berjumlah AS$10.7 juta (RM34.62 juta), kata syarikat pelelong, Sotheby.
Kira-kira 14 gambar berjaya mencatat rekod jualan tertinggi termasuk gambar yang dirakam oleh Ansel Adams dan Lucas Samaras.
Gambar yang dirakam Adams diberi nama Clearing Winter StormYosemite National Parkdilelong pada harga AS$722,500 (RM2.34 juta) pada Isnin lalu, lebih tinggi berbanding gambar sebelum ini, Moonrise, yang dirakam oleh Hernandez, New Mexico yang dilelong pada harga AS$609,600 (RM1.97 juta) pada 2006.
Sementara itu, gambar yang dirakam oleh Samaras yang diberi nama Ultra-Large (Hands)turut mencatat rekod jualan pada harga AS$194,500 (RM629,692).
Rekod jualan gambar yang dirakam Samaras yang mula menggunakan kamera Polaroid pada 1969 itu adalah berjumlah AS$$132,000 (RM426,679) yang dilelong pada 1989.
Sotheby yang bertanggungjawab menguruskan jualan lelong itu, bagaimanapun tidak mendedahkan nama pembeli hasil seni tersebut.
Kesemua 1,000 keping gambar itu dijual oleh PBE Corporation yang sebelum ini dikenali sebagai Polaroid Corporation sebelum menanggung kerugian berjumlah AS$3.7 bilion (RM12 bilion) akibat perubahan tekonologi yang semakin canggih selain menjadi mangsa terhadap skim Ponzi.
PBE sebelum ini telah diisytihar muflis dan mahkamah di Minnesota membenarkan penjualan separuh daripada koleksi gambar-gambarnya untuk membantu membayar hutang.
Kamera Polaroid diperkenalkan pada 1948 oleh pengasasnya, Edwin H. Land yang kemudiannya melantik Adam sebagai konsultannya. - AP

No comments: