Pages

Thursday, June 24, 2010

Beriman kepada adanya malaikat.

Mastika Hadith

Jilid 1
Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.

 

Hadith 21

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, sabdanya: “Apabila Allah hendak membahagiakan seseorang hambaNya, Allah Ta`ala menyeru Jibril dengan firmanNya: ‘Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah engkau mengasihinya.’; Jibril pun mengasihinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekelian penduduk langit, katanya: ‘Sesungguhnya Allah kasihkan si anu maka hendaklah kamu sekelian mengasihinya.’; dengan itu penduduk langit pun mengasihinya; setelah itu orang yang tersebut dikasihi dan diberi sambutan di bumi. Dan apabila Allah Ta`ala bencikan seseorang hambaNya, Allah memanggil Jibril serta berfirman: ‘Sesungguhnya Aku bencikan si anu maka hendaklah engkau bencikan dia.’; Jibril pun membencinya; kemudian Jibril mengisytiharkan kepada sekelian penduduk langit, katanya: ‘Sesungguhnya Allah bencikan si anu maka hendaklah kamu sekelian membencinya.’; dengan itu penduduk langit pun membencinya; setelah itu orang yang tersebut dibenci dan dipulaukan di bumi.” (Bukhari dan Muslim)       


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Hadith yang ke21 pada kali ini akan menerangkan sebahagian lagi tugas para malaikat, iaitu mengisytiharkan samada seseorang itu dikasihi atau dibenci oleh Allah swt. Calon yang ingin berada di bawah “kasih sayang Allah”, sudah tentu perlu ada sifat yang mesti ditunaikan untuk melayakkan dia menjadi manusia yang di advertisekan oleh para malaikat sebagai manusia yang dikasihi oleh Allah swt. Sifat tersebut boleh tuan-tuan rujuk pada ayat 30 Surah as-Sajdah. Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya mereka-mereka yang berkata: Tuhan kami ialah Allah (termasuk taat kepada hukum-hukum Allah dan taat kepada hak/larangan Allah), kemudian mereka ini istiqomah, nescaya turunlah kepada mereka malaikat sambil berkata: Janganlah kamu takut, dan janganlah berdukacita dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”…Maksud istiqomah dalam ayat ini dibahas oleh Saidina Abi Bakrin radiallahuanhum, katanya maksud istiqomah ialah jangan sekali-kali melibatkan diri dalam kerja-kerja syirik. Okay tuan-tuan bila kita ada dua syarat ini iaitu yang pertama mengakui Allah sebagai Rabb dan mengakui Allah sebagai Illah, kemudian yang keduanya kita berada pada dasar kebenaran dan istiqomah atas dasar tersebut; maka hasilnya Allah akan memerintah para malaikat turun kepada kita.
Dalam membahaskan ayat “turunlah kepada mereka malaikat”, Imam Waqi` (salah seorang guru kepada Imam Syafie) menyatakan bahwa malaikat turun dengan membawa tiga berita gembira. Yang pertamanya, ketika dalam keadaan sakaratul maut, malaikat mai jumpa kita bagitau, “Kamu jangan bimbang. Kamu punya line…clear.”…Tu dia tuan-tuan. Memang la kita tak nampak malaikat, tapi ini yang ulama` bahas. Bukannya apa tuan-tuan; la ni cerita mati ni tuan-tuan…Allahuakbar…macam-macam kita dengaq. Semalam, baguih punya dok sembang dengan kita, tiba-tiba hari ni dengaq, dah takdak. Ini trend mati zaman la ni, ie mati mengejut. Takut kita dengaq. Orang dulu-dulu, mati mengejut jarang kita dengaq. Allah bagi depa sakit dulu sampai berbulan-bulan. Maknanya ada chances untuk bertaubat apa semua. Tapi la ni, tup-tup kita dengaq dah meninggal. Umur baru 40, umur baru 30. Sakit apa?…Jantung, kencing manih, darah tinggi. Itu yang sering kita dengaq sekarang…Jadi inilah berita gembira yang pertama. Manakala berita gembira yang kedua pula ialah sewaktu dalam kubur. Sekali lagi malaikat mai jumpa kita bagitau, “You don’t have to worried. InsyaAllah, persoalan dalam kubur, kamu beres.”…Lagi sekali kita ucapkan, “Alhamdulillah!”…Dan yang ketiganya ialah ketika bangun di Padang Mahsyar. Kata malaikat, “Kamu jangan bimbang sedangkan orang lain tengah kalut.”…Ini dia tuan-tuan perbahasan Imam Waqi`tentang maksud ayat “turun kepada mereka malaikat”.
Kemudian sambung ayat itu lagi, Allah kata, “Malaikat akan bisik lagi kat kita: Jangan kamu takut dan jangan kamu berdukacita.”…Ayat ini dibahas pula oleh seorang lagi ulama` yang seangkatan dengan Imam Waqi`, iaitu Imam `Atoq. Kata Imam `Atoq maksud “jangan kamu takut dan jangan berdukacita” ialah tidak usah takut akan amal kamu bakal ditolak, sebaliknya akan diterimaNya, dan jangan sedih mengenangkan dosa kerana ianya akan diampun Allah. Ini kata Imam `Atoq. Bila sebut “amalan bakal ditolak”, kalau tuan-tuan check dalam Quran, tuan-tuan akan jumpa banyak ayat yang menceritakan tentang amalan manusia boleh ditolak. Contoh yang pertama, cuba check Suratul Hujurat:2. Kata Allah, “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara mu di hadapan Rasulullah saw, kerana ditakuti akan hapus pahala amalanmu, dalam keadaan kamu tidak sedar.”…Ayat ini turun kerana ada sahabat-sahabat bila bercakap dengan Nabi, suara mereka lebih tinggi daripada Nabi saw. Tu dia tuan-tuan, punyala Allah jaga martabat rasulNya. Dia tak bagi kita buat lebih kurang kat Nabi. Kemudian bila tiba zaman Imam Malik, ada orang tanya, “Macamana ayat ini dengan kita sebab sekarang Nabi saw dah wafat?”…Lalu jawab Imam Malik, “Inilah ayat yang menyuruh kita beradab di depan makam Rasulullah saw. Jangan kita sembang merapu dengan meninggikan suara di depan makam Nabi.”…So sapa yang nak pi haji/umrah akan datang ni tolong be alert benda ni. Jangan dok pi bertekak depan makam Nabi pulak sebab dikhuatiri ayat ini terkena pada kamu.       
Contoh yang kedua ayat Quran yang memberi amaran tentang amalan kita boleh Allah tolak ialah Suratul Baqarah:264. Allah kata, “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu membatalkan pahala sedeqah kamu dengan mengungkit-ngungkit dan mencerca-cerca…”…Kalau aku tak bagi duit, tak makan nasik la hang. Gerenti hang makan ubi kayu je la. Ni untung aku ada, kalau tak, hang tidoq bawah Penang Bridge je la. Ungkapan-ungkapan sebegini boleh membatalkan pahala sedeqah dipengucap.
Contoh yang ketiga, tuan-tuan tengok ayat pertama Surah Muhammad. Allah kata, “Antara jalan amalan boleh terbatal ialah apabila mereka menjadi kuffur, kemudian menghalang pula orang daripada ikut jalan Allah.”…Samada halang orang dengan kuasa, halang orang dengan harta benda, halang orang dengan apa saja supaya orang jangan hampir pada Islam; maka orang sebegini, hapus amalan dia…nauzubillahiminzalik. Jadi nak habaqnya, memang banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang hapus amalan ni tuan-tuan.
Okay kemudian kata Imam `Atoq lagi, “Maksud jangan berdukacita pula ialah jangan sedih mengenangkan dosa kerana ianya akan diampun Allah.”…Inilah dia ciri orang yang dikasihi Allah swt. Rupanya bila Allah dah kasih, Allah tak duduk diam. Dia panggil Jibril untuk disuruh isytiharkan kasih-sayangNya itu kepada seluruh penduduk langit. Jadi bila Allah kasihkan seseorang, secara automatik seluruh para malaikat dan seluruh penduduk langit juga mengasihi orang tersebut. Maknanya matahari akan sayang kat kita, bulan sayang kat kita (itu sudah tentu la), bintang sayang kat kita, malaikat hat jaga pintu langit pun sayang kat kita. Bila ini berlaku tuan-tuan?…Apabila kita menepati ciri-ciri untuk layak dikasihi oleh Allah walaupun manusia membenci kita. Tu dia tuan-tuan. Kalau tuan-tuan baca buku “Amanat Hj Hadi”, dalam perenggan terakhir penutup buku tersebut, tuan-tuan akan jumpa dengan ungkapan ini. Kata TG Hj Hadi, “Semoga amanat ini benar-benar menjadi amanat yang diredhai oleh Allah. Sebab redha Mu lah yang aku cari walaupun aku dimarahi oleh seluruh manusia.”…Nampak tak tuan-tuan, macamana ulama ajar kita. Yang pentingnya, biarlah Allah kasih kita. Manusia kalau dia nak benci, itu dia punya pasai. Yang kita mau ialah seperti Allah sebut dalam ayat 30 Surah Hamim Fusilat (as-Sajdah), iaitu apabila kita istiqomah atas landasan Allah, maka malaikat akan turun berinteraksi dengan kita dengan memberi khabar gembira walaupun dalam keadaan kita tak nampak.
Okay tadi cerita tentang Allah kasih, maka begitulah juga sebaliknya. Jika sekiranya Allah benci kepada si polan bin si polan, maka Allah panggil Jibril as untuk isytiharkan kebencianNya terhadap seseorang itu kepada ahli sama`. Maka automatik orang itu dibenci oleh matahari, bulan, bintang termasuklah para malaikat. Sebab itu, ada orang sampai ke hari ini, kita nak tengok muka dia pun tak kelapaq. Perasaan meluat tu bukan kita saja buat-buat. Ini betul-betul punya rasa. Lepas saja dia resign jadi PM, orang punyala benci sampai muka dia orang lekat kat tong sampah. Allah hinakan dia sampai tara tu.
Kalau tadi dalam bab Allah kasih, ust Halim Nasir kaitkan dengan Surah as-Sajdah:30, maka dalam bab benci pula ust Halim petik Surah Muhammad:27 – 28. Kata Allah, “Dan bagaimana keadaannya nanti apabila mereka mati, ketika itu malaikat ambil nyawa dengan menampar muka dan menyepak punggung mereka.”…As-babul nuzul ayat ini ialah ketika Perang Badar. Apabila matinya pembesar-pembesar kafir Quraisy dalam perang tersebut seperti al-Walid bin Utbah, Syaibah bin Rabiah, an-Nadar bin al-Harith, `As bin Wail, al-Mughirah, Abu Jahal dll; maka Allah pun cerita bagaimana malaikat ambik nyawa depa. Siap kena penampaq, lepas tu kena terajang punggung, dan sekaligus direntap nyawa…nauzubillah. Jangan buat main dengan penampaq malaikat tuan-tuan. Kalau setakat penampaq pak kita dulu, boleh lagi tahan. Ni penampaq malaikat hangpa nak tahan?…Ayat ini ditafsir oleh Ibn Abbas ra dengan menyatakan bahwa bagi setiap orang yang hidupnya penuh dengan kemaksiatan, kemudian matinya pula dalam keadaan melakukan maksiat kepada Allah swt, maka itulah cara mati yang dia akan dapat (ie malaikat akan tampar muka dan sepak punggung dia). Inilah yang disebut Allah dalam sambungan ayat 28. Allah kata, “Mereka itu terima sedemikian rupa sebab pertamanya sewaktu hidup, mereka sering membuat perkara yang dibenci Allah dan yang keduanya mereka membenci akan keredhaan Allah.”…Tu dia tuan-tuan. Tolong be aware dengan dua keadaan yang disebut dalam ayat 28 ini. Contohnya kalau ulama dah kata haram tentang sesuatu perkara, sepatutnya kita kena terima dengan berlapang dada. Kita turut sokong dengan mengharamkan apa saja benda yang ulama sepakat kata haram. Ni dak!…siap kondem lagi bila hukum haram itu tak matching dengan kehendak kita. Jaga baik-baik tuan-tuan!…dengan kita benci perkara yang disepakati ulama, boleh mengundang kebencian Allah ke atas kita (nauzubillah). Yang keduanya, dah la dok buat benda yang Allah benci, kemudian tak suka pula dengan perkara yang Allah redha. Ini lagi teruk. Seperti menolak hukum Allah, kerana nak cari redha manusia. Pemimpin kita takut kat cina/hindu lagi, daripada takut kat Allah. Cina sambut bulan hantu lapaq, main muzik tepi jalan saja “pong! pang! pong! pang!”…punya la hingaq. Tarak sapa nak kacau pun walaupun takdak permit. Tapi cuba pi buat ceramah agama kat tepi jalan; siap!…dengan penceramah, dengan penganjur, semua sekali nanti kena angkat. Habih macamana nak dapat redha Allah kalau macam ni punya gaya?…Puak kuffur hangpa junjung, saudara seIslam hangpa pijak.

Kesimpulannya tuan-tuan; apa pun kita kena berusaha menjadi calon orang yang dikasihi Allah. Sebab bila Allah kasih, secara automatik malaikat akan kasih kat kita, seluruh penduduk langit dan bumi (InsyaAllah) pun turut mengasihi kita. Inilah yang menjadi matlamat kita.    

No comments: