Pages

Monday, May 17, 2010

WAHABI: PENDUSTAAN TERHADAP AGAMA ISLAM

Assalamualaikum.
Para Pembaca Yang Di Muliakan; moga dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT selalu daripada fitnah dajjal-dajjal Wahabi yang kian merebak dalam negara kita yang tercinta. Dajjal tersebut meneguk air yg keruh dalam keadaan politik negara yang kacau bilau, keadaan ekonomi yang merundum dan keadaan masyarakat yang inginkan Islam tetapi jahil dalam memilih antara yg Haq dan yg Bathil; lalu memilih yg Bathil kerana tiada miqyas (pengukur) untuk mengukur kesesatan-kesesatang ajaran songsang seperti; Wahabi, Salapi, pemuda kahpi, negara Islam baru, ayah pin (yg kian lenyap), rasul melayu (org gila shj yg mengikut), qadyani (org betul2 tak ada otak).
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dan atas limpah kurniaan-Nya, para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan para pendokongnya bertungkus lumus mengambil tanggung jawab dalam membanteras ajaran songsang yang wujud dalam Malaysia. Pelbagai cara dan usaha dilakukan dan dijalankan, demi menegak kebenaran dan mengejar untuk menjadi para pejuang dalam agama Islam yg tercinta. Tidak lupa juga kepada pihak yang memudahkan segala urusan untuk membasmi ajaran songsang; moga Allah SWT membalas segala usaha anda dan dijadikan syahid dalam perjuangan agama ini. Tidak kurang juga kepada bloggers; usaha di alam maya ini banyak juga hasilnya dan manfaatnya. Moga antum mendapat ganjaran daripada Allah SWT di akhirat kelak.
Permulaan bloggers menentang golongan wahabi di mulakan dengan beberapa blog2 yg terkenal dan masyhur dengan banyak manfaatnya kepada pengunjungnya.Seperti blog;
Sidi Abu Muhammad (http://bahrussofa.blogspot.com),
Sidi Abu Zahrah (http://al-fanshuri.blogspot.com/),
http://hembusan.blogspot.com/
dan beberapa blog golongan pondok dan golongan sufi yg terkenal. tidak kurang juga blog-blog anti wahabi daripada negara jiran (Indonesia).
Tiga blog yang dicatatkan tadi memberi saya satu idea untuk menggerakkan satu platform baru kepada golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah untuk menjelaskan sepenuhnya kesesatan wahabi dan menjawab segala fitnah, tohmahan mereka terhadap Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Maka dengan kehendak dan izin Allah SWT lahirlah blog ini yg khususnya mengumpul segala maklumat (informasi) yg berkaitan dengan kesesatan wahabi. Saya banyak menimba ilmu dan idea daripada 3 tuan blog tersebut dan dibantu oleh kakak saya dalam membangunkan projek BANKWAHABI. Namun, tuan blog hembusan sudah tidak kedengaran mungkin sibuk dengan urusan dakwahnya. Moga Tuan blog yg tiga td mendapat Rahmat dan Penjagaan daripada Allah SWT.
Masya Allah dan Alhamdulillah, dewasa ini blog yang menentang ajaran sesat wahabi tumbuh bagaikan cendawan. Rata-rata ummat Islam di Malaysia khususnya sudah sedar akan kepincangan dan kesesatan ajaran wahabi. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya masyarakat Islam Malaysia sudah sedar kejahatan dan kesongsangan ajaran wahabi. Terima kasih kepada semua bloggers kerana sudah ramai yg berani menyatakan dan menjelaskan pandangan Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah terhadap Aqidah golongan Wahabi yg dihukumkan sebagai Aqidah orang2 KAFIR dan segala hukum org2 KAFIR jatuh ke atas mereka (wahabi).
Antara objektif yang termaktub di dalam qalbu saya; tujuan penubuhan blog BANKWAHABI adalah untuk membuka jalan kepada para dai’e Ahlus Sunnah Wal Jama’ah membuka blog mereka sendiri dan saling bertukar maklumat tentang masalah wahabi khusunya dan ajaran2 songsang yg lain.
Oleh demikian, saya mengajak dan menyarankan kepada semua yang sedar dan mempunyai maklumat tentang kesesatan ajaran wahabi agar membuka blog mereka sendiri kerana golongan tersebut kian gusar,gelisah dan gementar dengan wujudnya blog2 anti-wahabi. Jangan antum risau dengan tohmahan wahabi yg kononnya mendakwa ahbash atau apa jua gelaran. Kerana itu hanya satu taktik kotor untuk memberi antum ragu2, risau dan takut untuk memerangi kaum sesat wahabi.
Saya secara jujur ada terkesan dengan helah kotor puak sesat wahabi itu, dan Alhamdulillah kini sudah mendapat maklumat yang jelas tentang Syeikh Abdullah Al-Harari yg telah difitnahkan oleh golongan wahabi atau org2 yg telah dibayar oleh wahabi saudi. Saya berhenti seketika kerana mahu benar2 mengenali siapakah yg dimaksudkan golongan Ahbash dan siapakah pengasasnya. Namun bila dibelek-belek kitab2 lama, apa yg diajarkan dan di dalam karya Syeikh Abdullah Al-Harari semuanya sama dengan apa yg diajarkan oleh ulamak2 Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yg terdahulu dan di Nusantara. Kemudian saya bertanyakan diri saya sendiri; adakah Ahbash ini wujud sejak beratus2 tahun, kerana apa yg diajarkan oleh Syeikh Abdullah Al-Harari sama sahaja yg diajarkan di pondok2 dan di dalam karya2 para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yg terdahulu. Atau ini satu helah yg kotor untuk membisukan para dai’e Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Memang saya menjadi bisu sementara kerana mahu kepastian dan untuk mengelakkan fitnah terhadap golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Lantas lompat melompatlah golongan wahabi ini kerana penulis blog bankwahabi sudah menyepi dan membawa diri. Tidak lagi wahai wahabi!
Nasihat saya kepada golongan wahabi, sudahlah dengan segala taktik keji kamu dalam usaha menyekat kami dalam membanteras agama kamu yg baru. Malah kamu sudah mendapat tapak di JAKIM untuk menuduh golongan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai Ahbash. Bagi saya, wahabi keliru tentang identiti Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yg sebenar,lalu menghukum Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sebagai Ahbash, kerana Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sahaja yg menentang ajaran wahabi.
Akhir kalam,
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih, saya doakan kepada para dai’e Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yg bertungkus lumus dalam menentang agama wahabi agar usaha antum dijadikan bukti perjuangan antum dalam Agama Allah SWT.
Tahniah kerana antum dipilih dan digolongkan oleh Allah SWT sebagai pejuang Agama Islam. Sentiasalah berdoa agar mati Syahid menjadi pilihan utama kita. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Wassalam.
BANKWAHABI
ASADULLAH

No comments: