...sambungan dari Siri 4: Getaran busuk muzik barat
MAHDI tidak akan sedar bahawa dia adalah imam dinanti-nanti umat akhir zaman. Kita pula hanya akan sedar siapa al-Mahdi apabila al-Mahdi mengesahkan seorang lelaki yang tenang itu adalah al-Masih. Kita hanya akan tahu siapa al-Mahdi apabila sesudah kesahihan kepulangan Isa disahkannya. Waktu itu, kemunculan kedua-dua mereka (al-Mahdi dan al-Masih) berlaku secara serentak dari kaca mata kita.
Ketika najis-najis (pengasas ajaran sesat) sedang sibuk mencanang diri sebagai al-Mahdi (palsu) kepada pengikut mereka, al-Mahdi yang sebenar pula sedang sibuk menubuhkan kesatuan yang kukuh di kalangan umat Islam. Pada ketika sedang sibuk menyatupadukan umat Islam, al-Mahdi tidak pernah tahu bahawa dia adalah al-Mahdi yang diutus Allah. Tidak salah jika kita andaikan, Nabi Isa adalah orang yang akan mengumumkan bahawa pemimpin itu adalah al-Mahdi yang diutus Allah untuk bersama dalam misi akhirnya, al-Masih akan mengesahkan kepada kita bahawa orang itu adalah al-Mahdi sebagaimana al-Mahdi mengesahkan orang itu sebagai Isa. Perkara itu berlaku mungkin selepas Isa menunjukkan mukjizatnya kepada seluruh dunia, mukjizat ditunjukkan kepada dunia kerana misi Isa kali ini bukan untuk Bani Israel semata-mata seperti ribuan tahun dahulu, tetapi misi kali ini untuk seluruh dunia. Jika dahulu, mukjizat ditunjukkan kepada Bani Israel kerana itu kaum Isa, tetapi kali ini misinya sangat besar meliputi umat manusia dan umat jin.
Pada masa itu, kita bersama-sama umat jin mungkin akan berkata: “Itu Isa, itu Mahdi. Mereka mengesahkan diri sesama mereka. Mereka muncul serentak, tapi kenapa kita tidak tahu yang dia itu Mahdi selama ini?”. Kita berkata begitu kerana kita leka dengan ‘red herring program’ sehingga tidak mengikuti perkembangan politik dunia, lebih cintakan hiburan sehingga lupa bahawa dunia sebenarnya sedang menghadapi konflik akidah yang sangat serius.
Umat Islam tidak akan bersatu di bawah NWO dengan kaum kuffar. Tidak. Tetapi penentangan terhadap NWO tidak pula melibatkan semua umat Islam, ia hanya melibatkan umat Islam yang menyanjungi kepimpinan seorang pemimpin (peringkat politik dunia) yang mengajak manusia menghayati seruan tauhid dan kehidupan Muslim yang sebenar, masa yang sama kembali kepada agama yang diredhai-Nya. Ramai juga umat Islam akan terpedaya, lalu menyokong NWO yang dipropagandakan sebagai solusi kepada dunia yang lebih aman.
Hakikatnya, air dan minyak tidak akan bercampur. Emas dan kotoran akan tetap terpisah semasa mendulang, habuk dan beras akan tetap terpisah semasa dibilas, air tawar juga dipisahkan dengan air masin, kebenaran akan tetap sebagai kebenaran, kepalsuan akan tetap sebagai kepalsuan. Dunia tidak akan bersatu dari segi politik mahupun akidah, kerana Islam telah membataskannya. Namun, konco Dajjal akan terus berusaha menyatukan penduduk dunia, tetapi al-Mahdi akan menjadi penghalangnya melalui gerakan politik Islam. Usaha menghalang perlaksanaan NWO secara politik itu pula adalah salah satu kredibiliti yang ada pada diri al-Mahdi. Tidak salah juga dikatakan al-Mahdi memiliki kepimpinan sehebat Zulkarnain seperti diberitakan Allah dalam al-Quran. Kisah kehebatan Zulkarnain akan diulang semula oleh al-Mahdi kerana al-Mahdi jugalah yang akan menentang Yakjuj Makjuj di akhir zaman sebagaimana yang pernah dilakukan Zulkarnain ketika zamannya. Relevankah pendapat ini?
Namun, pemimpin dunia Islam yang mempunyai kredibiliti sebagai al-Mahdi belum kelihatan. Politik dunia Islam masih kucar-kacir, caca-marba, tunggang langgang, masih ada sengketa sesama saudara, semuanya diracuni politik sempit dipengaruhi najis dari Barat, politician Islam masih di takuk sempit berbalah sesama sendiri dan masing-masing sombong tidak mahu duduk berbincang demi agama Allah. Jika diperhati dengan teliti dalam persekitaran politik dunia Islam, itulah realiti yang ada sekarang. Pemimpin yang bergerak secara politik dengan kredibiliti al-Mahdi masih belum kelihatan, pemimpin yang serius ‘menarik telinga’ semua pemimpin negara Islam untuk diajak bersatu di bawah panji Islam belum lagi kelihatan. Masanya telah hampir, tapi belum ada pemimpin yang menepati kredibiliti al-Mahdi. Kita perlu mengkaji perkara ini dengan analisis sanad yang waras. Mungkin pendapat saya tidak sama dengan pendapat anda, tapi saya mendapat berita politik di seluruh dunia, termasuk berita-berita yang ditapis dan tidak ditapis (berita yang belum/tidak ditulis diperoleh dari rakan-rakan sekerja di seluruh dunia). Saya mengkaji berita-berita dan perkembangan itu semua. Bukan sekadar cakap kosong.
Sebelum semua itu berlaku atau sebelum Isa disahkan Mahdi (selesai ‘perang akhir besar’ fasa pertama, kedua, ketiga atau mungkin keempat atau juga kelima), kepulan asap akan mula menyelubungi ruang bumi. Maka, tumbuh-tumbuhan akan mati berperingkat-peringkat secara perlahan-lahan. Akan keluar seorang manusia durjana yang akan memimpin Kerajaan Dunia Bersatu (One World Government). Manusia itu pula diburu al-Mahdi dan al-Masih bagi menghalangnya daripada menyesatkan semua makhluk di bumi.
Namun, manusia itu meneruskan juga misinya meskipun sedar bahawa dua utusan Allah sedang serius memburunya. Dua utusan Allah itu dihalang oleh askar Yakjuj Makjuj bagi mengelak ketua dunia baru itu diapa-apakan. Apabila manusia durjana itu bergerak ke barat untuk menyesatkan manusia jahil, maka Yakjuj Makjuj akan berkubu di pertengahan jalan. Manusia durjana itu bergerak ke timur, Yakjuj Makjuj berkubu pula di persimpangan. Setiap kali berlaku episod kejar mengejar itu, manusia durjana yang dimaksudkan akan terlepas berkali-kali. Maka, ramai sudah manusia jahil disesatkan sepanjang tempoh itu.
Semua itu berlaku dalam keadaan dunia yang ‘berkabus’. Dunia di saat akhirnya akan dipenuhi asap-asap, asap itu nyata, ada juga asap yang tidak nyata tetapi sebenarnya nyata, maka manusia akan mula mencari ‘cahaya’ pada ketika itu mengikut gerak hatinya. Cahaya akan dijumpai, manusia diberi dua pilihan iaitu ‘cahaya benar’ dan ‘cahaya palsu’ dalam selubung kabus yang mula menyesakkan bumi. Jika memilih cahaya palsu, maka manusia-manusia itu akan memerangi cahaya benar yang diperlihatkan sebagai palsu oleh manusia durjana tadi. Sebaliknya jika memilih cahaya benar yang dibawa oleh dua manusia yang diutuskan Allah, manusia-manusia itu akan memerangi cahaya palsu. Maka, wujud dua kelompok manusia di celah-celah One Word Kingdom. Itulah dimaksudkan dunia tidak sesekali akan bersatu kerana kebenaran akan sentiasa ada kelompok pejuangnya meskipun dalam kekalutan kabus asap. Asap itu mungkin sekali… Smoke of Opopnax.
Smoke of Opopnax
Apa itu asap opopnax yang sebenarnya? Kita teliti satu persatu setiap sudut satah yang relevan dalam mendefinisikannya secara waras. Kita tidak perlu terburu-buru membuat kesimpulan terhadap sesuatu perkara, kerana kesilapan mendefinisikan sesuatu perkara akan menyesatkan diri kita sendiri. Apabila salah memahami meskipun bermula daripada tersalah definisi sahaja, maka seluruh perbuatan juga akan menjadi salah sebagaimana dilakukan oleh semua ajaran sesat gara-gara insiden membuat definisi yang salah. Maka, mendefinisikan sesuatu supaya tidak tersasar daripada maksud asal juga tidak boleh dipandang remeh oleh para pengkaji. Ia juga satu disiplin ilmu yang penting. Pendefinisian juga harus adil, tidak berat sebelah, mengambilkira semua kredibiliti sumber, mengambilkira semua persekitaran semasa definisi itu dibuat, analisis yang mencakupi pendapat-pendapat berbeza, menilai semua analisis dalam menemui satu pembuktian yang sukar dipersoalkan. Objektifnya ialah untuk menemui jawapan atau sekurang-kurangnya boleh diterima sebagai jawapan, bukan untuk membuktikan pendapat kita ini benar kerana pendapat kita tidak semestinya jawapan yang sebenar. Oleh itu, definisi harus tepat dan adil supaya perjalanan kita mencari jawapan akan sentiasa terarah dalam titik fokus yang wajar.
Opopnax dari sudut bahasa bangsa penutur
Puisi lisan For The Love of The King (FTLOTK) dikenalpasti berlegar dalam persekitaran orang Celt, Inggeris, Romania dan sebilangan penduduk kawasan terpencil di gugusan Scandinavia. Malah puisi itu juga ada banyak versi, tetapi perkataan-perkataan ‘penting’ atau perkataan-perkataan kunci (keywords) tetap tidak berubah. Yang berubah hanyalah ejaan mengikut budaya bahasa bangsa penuturnya (berdasarkan kes di mana kami menyuruh mereka menulis puisi lisan itu di atas kertas). Keywords yang tetap ada antaranya ialah Ta-Djel (juga dieja Tha-Djel) dan Opopnax.
Versi Scorpio Angel Chant
Barchiel, Saitziel, Sosul
of Girtab, Ta-Djel and Girtab,
of Akrabu and Akrab
Concentrator of Creativity from the Southwest
Bethchon by day, Sahaqnab by night
By the power of the Spiritual Snake
Through the soul of the Scorpion
May the Wolf Spirit carry my message to Mars
by the smoke of Opopnax incense
and the fragrance of the oil,
with a trinket made of iron
and a blue-green, dark red or maroon candle and an opal;
A blackthorn tree, or a bushy tree
will reveal to me your answer.
Thank You, and I bid All of Thee well,
Beloved Angels of Scorpio.
of Girtab, Ta-Djel and Girtab,
of Akrabu and Akrab
Concentrator of Creativity from the Southwest
Bethchon by day, Sahaqnab by night
By the power of the Spiritual Snake
Through the soul of the Scorpion
May the Wolf Spirit carry my message to Mars
by the smoke of Opopnax incense
and the fragrance of the oil,
with a trinket made of iron
and a blue-green, dark red or maroon candle and an opal;
A blackthorn tree, or a bushy tree
will reveal to me your answer.
Thank You, and I bid All of Thee well,
Beloved Angels of Scorpio.
Versi Celtic Wiccan Chant
Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax,
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.
Dalam bahasa Inggeris, sesetengah perkataan seperti ‘know’, ‘knit’ , ‘knee’ , 'knock' tidak menyebut huruf ‘K’ di hadapan ejaannya. Huruf ‘K’ itu diistilahkan sebagai ‘silent letter’. Dalam ejaan perkataan-perkataan tersebut pula, huruf K diistilah sebagai ‘silent K’.
Begitu juga dengan perkataan ‘fillet’ disebut ‘feel-lay’ tanpa menyebut bunyi huruf ‘T’ di hujungnya. Ia adalah ‘silent T’.
Keadaan yang sama berlaku dalam perkataan ‘opopnax’. Ejaan sebenar opopnax ialah opoponax iaitu ada tambahan huruf ‘O’ selepas huruf ‘P’ yang kedua. Huruf ‘O’ itu tidak ditulis dalam ejaan kerana ia sendiri tidak berbunyi (silent O) semasa disebutkan perkataan ‘opoponax’. Ia tidak disebut sebagai o-po-po-nax, meskipun ejaannya begitu. Sebaliknya ia disebut o-po-p-nax atau o-pop-nax. Maka, ia hanya dieja dengan susunan huruf O-P-O-P-N-A-X kerana jika dimasukkan lagi satu huruf ‘O’ pun, ia tetap tidak berfungsi dalam ejaan itu. Ia tetap disebut sebagai o-po-p-nax atau o-pop-nax sahaja dengan mengabaikan kewujudan huruf ‘O’. Sesetengah penutur pula menulisnya dengan ejaan o-p-o-p-o-n-a-x. Ada juga sesetengah penutur menyebutnya sebagai o-po-penax. Ada juga menyebutnya sebagai o-pope-nax, sesetengahnya menyebut op-nax.
Apa itu opopnax/opoponax?
Gambar: pohon Opoponax
Opopnax ialah sejenis tumbuhan hijau berbunga. Dalam ilmu botani (kaji tumbuh-tumbuhan), ia dikategorikan sebagai sejenis tumbuhan berbunga yang tidak berbuah dan menghasilkan bau-bauan serta berbunga pada musim tertentu, biasanya musim dingin. Ia hidup di kawasan dingin seperti sebhagian Eropah dan Tunisia.
Ambil maklumat ini; bau-bauan, bermusim. Simpan dulu maklumat itu.
Dalam industri pembuatan minyak wangi di Barat, bunga opopnax kerap digunakan sebagai ‘resipi’ atau material penting dalam menghasilkan ‘esen’ wangian asas. Proses menghasilkan esen wangian itu juga sama seperti proses mendapatkan esen daripada bunga-bungaan lain seperti mawar serta kayu-kayuan beraroma. Ia menjalani proses ‘penyulingan esen’ melalui tekanan bersuhu tinggi sehingga ‘memisahkan’ cecair wangian daripada ‘jasad bunga’ atau ‘jasad kayu’ lalu menjadi cecair esen yang mempunyai bau harum yang kuat.
Esen opopnax kemudian dicampur dengan esen-esen lain bagi menghasilkan wangian yang mempunyai identiti bau yang tersendiri. Teknik pembuatan minyak wangi dihasilkan dengan mencampur pelbagai jenis esen wangian.
opoponax essence in Prada's perfume
Jika diperhatikan, ada jenis-jenis minyak wangi yang dicipta khusus untuk ‘memikat’ jantina berlawanan disebabkan aromanya yang ‘memukau’. Bahkan setiap kali ada wanita atau jejaka yang lalu di hadapan kita, kita akan berasa ‘terpukau’ dengan wangian yang dipakai seseorang itu. Ia mungkin disebabkan esen opopnax menjadi salah satu daripada bahan minyak wangi itu. Baca lagi keterangan di bawah, ia ada kaitan dengan keterangan di atas.
Tumbuhan ini (opopnax) mengikut amalan orang Celt dan penganut agama Wicca, ia digunakan (disalahgunakan) dalam menghasilkan potion-potion sihir (biasanya love potion) untuk menundukkan seseorang supaya mematuhi setiap arahan pengamal sihir itu. Ia berfungsi sedemikian mungkin disebabkan sifat aromatik (bau-bauan yang mempengaruhi fungsi minda) yang terdapat dalam ‘scent’ tumbuhan itu sendiri dan dimanipulasi oleh sihir melalui bantuan syaitan (raja sihir).
Ambil maklumat ini; sihir menundukkan orang lain.
Dalam amalan sihir yang lain (juga di gugusan Eropah), opopnax yang sudah dikeringkan digunakan sebagai salah satu ‘resipi’ penting dalam melengkapkan ‘ritual jodoh’ dengan cara membakar daun serta bunga tumbuhan itu bagi menghasilkan asap. Asap itu pula dikatakan akan bergerak ‘mencari’ orang yang ingin dijadikan pasangan. Sebaik asap itu masuk ke rongga hidung, orang itu akan segera terfikir mengenai seseorang dan mula jatuh cinta kepadanya. Ia sama seperti amalan ‘guna-guna’, ‘minyak pengasih’ atau seumpamanya di alam Melayu, namun ia dilakukan secara jarak jauh. Maka sesuailah puisi itu dinamakan sebagai For The Love of The King, iaitu berkenaan maksud rasa cinta kepada ‘The King’ selepas menghidu bau asap opopnax.
Apa kaitan dengan kedatangan semula ‘The King’ dengan asap itu? Baiklah, kita kumpul kembali maklumat sebelum ini iaitu bau-bauan, bermusim dan sihir menundukkan orang lain. Kita analisis pula semua itu dengan kredibiliti Tha-Djel sebagai tuhan orang pagan.
Semasa asap opopnax mula hadir dalam sesuatu tempoh, ia akan dihidu oleh sebilangan besar umat manusia dan meresap ke dalam minda. Lalu, akan wujud perasaan ‘cinta’ kepada ‘seseorang’. Inilah maksud 'overwhelm spirit' seperti dalam baris puisi FTLOTK. Pada masa itu juga, Tha-Djel mungkin hadir semula ke dunia melalui celah-celah asap itu. Secara tidak langsung, mereka akan mempertuhankan Tha-Djel selepas terdetik cinta di hati mereka dan selepas Tha-Djel membuat mereka takjub selepas memperlihatkan ‘mukjizat palsu’-nya iaitu memperlihatkan sihir kepada manusia-manusia itu. Manusia dipengaruhi oleh asap opopnax dan berada dalam keadaan separuh sedar.
[Andaian bahawa asap itu hanya muncul dalam sesuatu tempoh pula dibuat berdasarkan sifat tumbuhan opopnax itu sendiri yang hanya dapat diperoleh pada musim tertentu sahaja. Ketika tumbuhan itu banyak tumbuh, maka ia akan dikutip dalam kuantiti yang banyak untuk melengkapkan ritual tersebut.]
Dalam keadaan separuh sedar itu, Tha-Djel akan memasukkan segala elemen sesat ke dalam diri manusia (mungkin seperti brainwashing persuasion propaganda). Selepas sihir opopnax hampir tamat kemujarabannya, semua elemen sesat itu telah sebati dengan jiwa manusia. Kemudian, manusia mengaku bahawa Tha-Djel adalah tuhan tanpa perlu kepada asap opopnax lagi, kerana asap opopnax hanya digunakan semasa proses awal penyesatan sahaja.
Mungkinkah asap opopnax memenuhi bumi seperti kejadian mystery halo di Moscow, Rusia? - SUMBER GAMBAR: akhbar The Sun, UK
Kita mengandaikan Dajjal menjalankan misi menyesatkan manusia secara besar-besaran semasa asap opopnax memenuhi ruang bumi, peluang itu digunakan sebaik-baiknya oleh Dajjal sebelum dia berhadapan dengan al-Masih yang sebenar ketika asap itu perlahan-lahan hilang sebelum didatangi pula oleh asap Dukhaan. Andaian ini dibuat berdasarkan sifat-sifat tumbuhan itu yang hidup bermusim dan juga berdasarkan kenyataan dalam surah Dukhaan bahawa asap kiamat datang ketika dunia sudah hampir kepada episod akhir. Asap Dukhaan adalah asap terakhir yang memenuhi ruang bumi, ia hanya pendapat sendiri. Tak wajar juga kalau kita menyamakan asap opopnax dengan asap Dukhaan. Ia berlainan, tetapi asap opopnax mungkin hadir lebih awal berbanding asap Dukhaan. Kemudian barulah disusuli dengan teori fenomena kebuluran seperti diterangkan dalam artikel ‘Asap dan Kebuluran’.
Mahu atau tidak mahu, kita harus menghadapi keadaan itu seandainya ia berlaku ketika kita masih hidup kerana elemen sihir wujud di mana-mana sahaja. Bagaimana mahu menjadi orang yang terselamat? Berdoalah kepada Allah semoga DIA menyelamatkan kita daripada semua tipu daya Dajjal dan angkatannya. Jangan berdoa untuk keselamatan diri sendiri sahaja, berdoalah demi keselamatan semua umat Islam.
Jika Allah mahu kita berdiri di saf angkatan al-Mahdi dan al-Masih, maka kita akan berdiri di saf yang sama. Namun jika Allah berkehendakkan kita berdiri di baris angkatan Dajjal dan Yakjuj Makjuj, maka kita akan berdiri di barisan yang dilaknat. Amalan kitalah yang menjadi penentu di saf mana kita akan berdiri dengan perkenan-Nya.
Bersungguh-sungguhlah mencari keredhaan Allah, bukannya bersungguh-sungguh mencari al-Mahdi. Kerana Allah-lah yang akan mempertemukan (gerak hati) kita dengan al-Mahdi tanpa kita perlu mencari siapa itu al-Mahdi yang sebenar,jika Allah berkehendak kita menjadi pejuang agama-Nya kerana Allah mengetahui siapa al-Mahdi yang sebenar dan DIA akan tunjukkan kepada kita siapa itu al-Mahdi apabila manusia itu telah tiba. Tetapi semua itu bersyarat iaitu…
Bersungguh-sungguhlah mencari keredhaan Allah…
KREDIT KEPADA: SHAHi The ASSOCIATE
No comments:
Post a Comment