Dalam Tenaga Ritual Siri 1, (sila rujuk ruangan ini) terdapat banyak hasil eksperimen diketengahkan dalam membuktikan bahawa setiap binaan tertentu mampu memanipulasi tenaga. Eksperimen-eksperimen logik seperti itu diketengahkan hanyalah untuk membantu kita berfikir, ia sengaja diketengahkan jika hanya bukti logik seperti itu sahaja yang mampu membuka mata sesetengah daripada kita.
Eksperimen-eksperimen itu juga hanyalah sebagai alat bantu fikir kepada segelintir daripada kita yang enggan berfikir di luar kotak logik. Jika sesetengah daripada kita yang berpemikiran ‘scientific proof oriented’ mahu bukti logik, maka bukti-bukti logik sudah diberikan.
Bab-bab lalu juga banyak menyentuh mengenai amalan-amalan ritual satanic mengikut prosedur tertentu yang bertindak sebagai input kepada pembukaan pintu mistik antara dunia manusia dengan dunia syaitan. Malah, sesetengah amalan itu juga dilakukan sebilangan besar manusia tanpa disedari yang akhirnya memberi kesan kepada bukaan pintu mistik dunia syaitan. Namun, pintu dunia syaitan bukanlah ‘mega event’ dalam program janakuasa tenaga mistik di kalangan Dajjalists walaupun ia akan memberi kesan kepada mega event itu.
Dalam Siri 2 ini, kita tidak lagi dibantu dengan hasil-hasil eksperimen logik untuk menerangkan sesuatu perkara. Fakta-fakta logik hanya akan diketengahkan mengikut keperluan sesuatu tajuk. Jika tidak mampu berfikir secara waras tanpa bantuan fakta logik, maka cukuplah kita membaca sehingga perenggan ini sahaja.
Manakala perenggan-perenggan di bawah ini pula adalah untuk sebilangan daripada kita yang bersedia untuk berfikir tanpa bantuan fakta logik yang solid.
Teori yang akan diketengahkan ini bukanlah mahu menyesatkan akidah, tetapi lebih kepada usaha untuk menjiwai ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas.
Pengenalan: Melawan tenaga jahat
Obelisk yang menjadi tempat syaitan juga wujud dalam dunia Islam, tetapi obelisk-obelisk itu hanya dilontar dengan batu, ia BUKAN untuk diagung-agungkan. Lontaran yang dibuat itu pula perlu berniat kerana Allah, mengasihi Allah dan untuk mendapat keredhaan Allah, ia juga akan lebih mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah, dengan izin-NYA.
Malah, lontaran yang dibuat itu juga akan menanam rasa benci terhadap syaitan, benci sebenci-bencinya terhadap musuh paling nyata itu, rasa itu akan tertanam dalam jiwa manusia beriman apabila selesai melontar, insya-Allah. Jiwa pula menjadi tenang di Tanah Suci, semoga mabrur haji yang dikerjakan para jemaah.
Melontar batu ke arah struktur tiang batu itu juga merupakan amalan wajib dalam senarai perkara wajib haji. Tiang-tiang batu yang wajib dilontar itu ialah Tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan, melontar jamrah bukanlah bermaksud melontar obelisk. Melontar jamrah adalah amalan wajib dalam perkara wajib haji, jika diperintahkan Allah supaya melontar di jamrah, maka lontarlah, jangan samakan ia dengan melontar obelisk.
Jika diselami hikmah ibadah melontar di tiga jamrah, ia adalah simbolik kepada rasa benci terhadap syaitan dan sebagai memperingati peristiwa Siti Hajar melontar batu ke arah syaitan. Allah mewajibkan umat Islam melontar di tiga jamrah semasa melakukan ibadah haji, perintah daripada Maha Agung itu pasti ada hikmahnya.
Kita biar dahulu perkara hikmah ini. Kita teliti pula apa itu obelisk walaupun ramai daripada kita sudah tahu mengenai perkara ini, malah ramai juga di kalangan kita yang arif mengenai obelisk ini. Kita bukan mahu meneliti sejarah binaan obelisk, cukuplah jika kita tahu siapa yang membuat ‘design’ obelisk itu. Kita hanya mahu sentuh mengenai fungsinya sahaja dalam menjana tenaga mistik.
Obelisk atau binaan monolith dibina dengan keadaan ada tiang berbucu di hujungnya. Bucu tajam di hujung obelisk itu pula amat mirip, malah terlalu nyata mempunyai piramid di hujungnya. Dalam siri Tenaga Ritual pertama sebelum ini, sudah diterangkan bahawa piramid mampu menjana tenaga yang ada di sekelilingnya, perkara itu pula dibuktikan dalam eksperimen-eksperimen logik yang dilakukan di Barat.
Dalam seni bina piramid, jarak ketinggian paras paling bawah (lantai/tanah) dengan paras paling tinggi (bucu) adalah antara 90 meter hingga 150 meter secara purata. Ia termasuk binaan piramid purba dan piramid moden. Tidak terkecuali, obelisk juga dibina dalam julat ketinggian yang sama bagi menjadikan ia ‘berfungsi’.
Bentuk obelisk bukan perkara utama dalam menjana tenaga, tetapi ketinggiannya. Obelisk tidak perlu dibina dengan bentuk piramid secara keseluruhan, ia sudah memadai jika ada piramid kecil di hujungnya dan dibina dengan ketinggian hampir sama dengan piramid solid. Ia juga tidak perlu berfungsi sebagai penjana tenaga utama sebagaimana piramid, ia sudah cukup untuk berfingsi sebagai penjana tenaga mistik secara minor. Kerana itulah tujuannya dibina, spesifikasinya hanyalah sebagai minor generator, bukan major generator.
Namun, proses penjanaan getaran tenaga mistik akan terganggu sekiranya ada getaran asing yang mengganggu kelancaran proses itu. Getaran asing itu pula bukanlah getaran yang terhasil semasa proses penjanaan tenaga berlangsung, ia tidak berlaku dalam tiang obelisk.
Getaran asing itu berlaku di luar tiang obelisk yang akhirnya memberi kesan kepada proses penjanaan tenaga, getaran asing itu menggagalkan proses janakuasa obelisk. Getaran asing itu adalah getaran positif yang menggagalkan bibit-bibit getaran negatif.
Kita ambil kincir angin sebagai contoh. Jika kincir angin ditempatkan di atas padang untuk menjana tenaga, maka tenaga elektrik akan terhasil kesan daripada hembusan angin yang bergerak dalam garis lurus dan akhirnya menggerakkan bilah kipas kincir tersebut.
Namun, jika ada ledakan bom berhampiran kincir angin tersebut, maka kincir angin itu akan terhenti seketika akibat getaran yang terhasil daripada ledakan bom itu. Perjalanan angin yang merempuh kipas kincir itu akan terganggu dan tidak dapat berhembus dalam satu garis lurus. Ledakan bom itu akan memesongkan perjalanan angin daripada terus bergerak dalam garis lurus Akibatnya, bilah kipas kincir akan terhenti buat seketika. Ledakan bom itu bolehlah kita katakan sebagai getaran asing. Tapi, janganlah guna bom untuk halang tenaga mistik, itu tak betul. INI HANYA CONTOH.
Berbalik kepada melontar di tiga jamrah, batu-batu yang dilontar ke arah jamrah itu menghasilkan getaran pada tiang struktur batu yang sama fungsinya bertindak menganggu proses jana kuasa mistik. Getaran hasil lontaran batu itu adalah getaran asing. Perintah Allah supaya jemaah haji melontar di jamrah memang ada tujuannya, bukan sekadar memperingati peristiwa Siti Hajar melontar syaitan.
Perintah itu juga menemukan kepada sesuatu yang mirip kepada jawapan bahawa manusia biasa juga sememangnya mampu melawan tenaga mistik syaitan, tetapi dengan bersyarat. Syarat-syarat itu ialah berniat kepada Allah sebelum memulakan semua perbuatan yang diperintah-NYA dan hati yang ikhlas. Dua perkara itu adalah senjata penting dalam melawan syaitan.
Melontar jamrah adalah kerana Allah, bukan kerana ia adalah obelisk. Jangan pula ada di antara kita yang menyamakan melontar jamrah itu sama dengan melontar obelisk. Ia tidak sama. Melontar jamrah itu adalah ibadah dalam perkara wajib haji. Oleh itu, melontar jamrah bukanlah sama terma-nya dengan melontar obelisk. Sila betulkan pemikiran supaya waras.
Jangan pula ada yang membuat kesimpulan gopoh bahawa melontar jamrah itu sama dengan melontar obelisk lalu menganggap melontar tiang lampu di hadapan rumah pun sama seperti melontar di jamrah. Sila betulkan arah kompas pemikiran. Jangan gopoh membuat kesimpulan.
Perkara yang ingin disampaikan di sini ialah kita boleh melawan tenaga ritual syaitan melalui ibadah ikhlas kepada Allah. Kita melontar jamrah dengan hati yang ikhlas, syaitan tidak akan mampu menundukkan manusia-manusia yang mempunyai hati ikhlas. Mulakan perbuatan dengan menyebut nama Allah.
Meskipun bentuk jamrah adalah sama dengan bentuk obelisk, ia bukan bermaksud kita melontar obelisk. Tetapi kita melontar jamrah kerana ia perkara wajib yang diperintahkan Allah kepada umat Islam yang mengerjakan haji.
Fikir-fikirkan...
KREDIT KEPADA: SHAHi The ASSOCIATE
...sila baca sambungan SIRI 2 : Kuasa Getaran Azan
No comments:
Post a Comment