Pages

Thursday, May 20, 2010

SIRI 4 (Tenaga Ritual 2): Getaran busuk muzik Barat



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
SIRI 4: Tenaga Ritual 2 - Getaran busuk muzik Barat
Penulis: SHAHi The ASSOCIATE
“…and if you listen very hard, the tune will come to you at last..” – Jimmy Page, Stairway to Heaven, Led Zeppelin. (Jimmy Page memberitahu kita sesuatu).

The meaning lies backward
Siapa kata tiada penyembahan syaitan secara tersirat dalam lagu-lagu dari Barat? Jika dibaca dan diamati sesebuah lirik lagu dari Barat, kita sudah jelas dengan maksud tersembunyi. Ramai yang tahu maksud tersirat dalam lagu Umbrella yang dinyanyikan Rihanna, itu hanya maksud secara terus yang mempunyai maksud sublime. Teknik yang digunakan pencipta lagu untuk Rihanna hanya di peringkat darjah satu. Malah, banyak lagi lagu-lagu yang mempunyai maksud sublime dan hanya difahami oleh sesetengah orang. Lagu-lagu itu dilafazkan dengan ayat-ayat terang dan nyata.
Tapi bagaimana pula dengan maksud tersembunyi yang benar-benar tersembunyi? Perkataannya dilafazkan secara sangat tersembunyi. Lain disebut, lain pula maksudnya jika diterbalikkan sebutannya. Teknik ini bukan di tahap darjah satu, tetapi tinggi sedikit.
Backward masking ialah teknik menterbalikkan sesuatu perkataan supaya menjadi satu perkataan lain yang tersembunyi. Teknik ini banyak digunakan dalam amalan sihir sejak zaman pagan tegar di Barat dan terus diamalkan sehingga kini. Contohnya perkataan ‘mouth’ jika diterbalikkan menjadi ‘hartoum’ mengikut kaedah reversal Wicca, bunyinya sama dengan nama sebuah tempat iaitu ‘Khartoum’ yang terletak di Lembah Tigris dan Euphrates. Itu hanya contoh.
Teknik backward masking juga digunakan dalam seni cipta lirik oleh pencipta-pencipta lagu dari Barat. Teknik ini sebenarnya diwarisi oleh pengamal sihir Celt sejak turun temurun dan masih bertapak kukuh di gugusan tanah Magog meliputi 90 peratus tanah Eropah, merentasi gugusan Scandinavia dan Caucasia.
Pertama kali teknik ini dikesan dalam persekitaran muzik Eropah ialah pada lewat 1970-an melalui lagu popular, Stairway to Heaven oleh Led Zeppelin. Saya juga pernah meminati kumpulan rock ini dan saya juga pernah menjadi gitaris dan digelar sebagai Jimmy Page’s Fingers ketika menganggotai sebuah kumpulan rock di kampus universiti kira-kira 12 tahun dulu.
Perhatikan lirik ini.
If there's a bustle in your hedgerow, don't be alarmed now,
It's just a spring clean for the May queen.
Yes, there are two paths you can go by, but in the long run
There's still time to change the road you're on.
And it makes me wonder.
Namun jika diterbalikkan, maksudnya akan menjadi begini:
So here’s to my sweet satan,
The one who’s little path would make me sad,
Whose power is satan, he’ll give you 666,
Was a little tool shed, where he made us suffer (sesekali kedengaran seperti ‘cifer’ ~ nama ringkas bagi Lucifer),
Sad satan
Jika tidak percaya, sila ikut prosedur mudah ini:
1.Pasang lagu Stairway to Heaven di komputer anda.
2. Klik ‘start button’, pilih All Programs, klik Accessories dan klik Sound Recorder
3. Klik butang record pada Sound Recorder apabila memasuki baris ‘..If there's a bustle.. hingga.. it makes me wonder..
4. Selepas selesai merakam, sila mainkan lagu itu secara terbalik dengan klik ‘Play Reverse’ dan anda akan mendengar baris yang tersembunyi secara backward masking itu.
Anda fikir itu hanya kebetulan? Ok, cuba anda rakam suara anda sendiri pula dengan menyanyikan sendiri baris lagu yang sama. Kemudian rakam suara nyanyian anda itu dan mainkan secara terbalik. Maksudnya secara terbalik akan tetap sama. Ia berkaitan sebutan perkataan, ia tiada masalah dengan kualiti rakaman. Setiap kebanyakan 'rockers' yang kembali insaf sudah tahu perkara ini.
Komposisi tablature gitar dalam baris perenggan mengandungi backward masking:
Rajah: Hidden 666 dalam tablature. 666 tidak kelihatan, kecuali bagi mereka yang memahami.

Imej pada salah satu album Pink Floyd
Keadaan yang sama juga berlaku dalam lirik-lirik lagu Pink Floyd terutama lagu Empty Spaces, My Immortal (Evanescence), Twisted Transistor (KoRn), Numb (Linkin Park), Antichrist Superstar (Marilyn Manson), Smells Like Teen Spirit (Nirvana), I Write the Songs (Barry Manilow) dan Umbrella (Rihanna).
"The groupies (peminat muzik) just give their ears to the music, but they don't really 'listen' to the music." - Ronnie James Dio.
Sila mainkan lagu-lagu itu secara terbalik, anda akan mendengar maksud-maksud tersirat apabila anda ‘memasang telinga’ dengan tenang. Namun, lirik Stairway to Heaven sangat jelas maksudnya. Jika kita mengandaikan ia berlaku secara kebetulan, kita kaji pula latar belakang Jimmy Page. Jimmy Page tidak pernah menamatkan persekolahannya dan menjadi pemain gitar sessionist ketika berumur 16 tahun dan kemudian menganggotai kumpulan The Yardbirds sebelum menubuhkan Led Zeppelin (1969).
Satu sisi lain, Jimmy Page juga membeli sebuah rumah yang pernah diduduki Aleister Crowley (penganut Satanism) di Boleskine berhampiran tasik Loch Ness di Scotland. Rumah itu kemudian menjadi studio eksklusif untuk menghasilkan lagu-lagu hebat dalam sejarah kumpulan rock terhebat sepanjang zaman, Led Zeppelin. Memang ternyata ‘perjanjian’ antara Jimmy Page dengan ‘unsur lain’ sudah mengangkat Led Zeppelin sebagai kumpulan rock yang ‘abadi’. Setuju? Maka melalui sejarah latar belakang itu, adakah sudah jelas kredibiliti Jimmy Page sebagai penulis lagu berunsur satanic?
Jika kita menyusur lebih jauh sedikit melalui lagu-lagu Robert Johnson (genre Chicago & Mississippi Blues, tahun 1936-1937) kita juga akan menemui teknik yang hampir sama. Latar belakang Robert Johnson juga hampir sama dengan Jimmy Page, Johnson pernah terkenal dengan lagenda ‘Crossroads Agreement’ di mana dia membuat perjanjian dengan syaitan untuk menjadi terkenal. Johnson kemudian menjadi salah seorang lagenda gitaris blues terhebat, dia masih boleh memetik blues licks dengan hebat walaupun tali gitar itu tidak di-tune dengan betul. Mereka ini sebenarnya sudah 'menjual' jiwa kepada syaitan.

Robert Leroy Johnson
Teknik ‘reversed chant’ yang dipelopori Jimmy Page dalam industri muzik moden kemudian diikuti oleh penulis-penulis lagu yang lain di Barat, teknik itu akhirnya dikenali sebagai backward masking. Teknik itu adalah hasil ubah suai yang dilakukan Jimmy Page ke atas lagu-lagu Robert Johnson. Hanya seorang satanist yang memahami maksud yang disampaikan oleh satanist lain. Dalam kes ini, Jimmy Page memahami ‘maksud’ yang disampaikan Robert Johnson, lalu menggunakan teknik yang sama dan dipermodenkan. Demikian pengenalan mengenai apa itu backward masking yang menggunakan reverse chant.
Reverse chant ialah amalan memuji-muji syaitan secara menterbalikkan perkataan demi perkataan. Malah apabila kita membaca buku-buku sihir, kita tidak akan menemui apa-apa. Sungguh. Kita tidak akan menemui apa-apa. Namun jika kita faham setiap maksud secara terbalik, kita akan menemui sesuatu atau lebih daripada sesuatu.
Buku-buku sihir biasanya diwariskan melalui kisah-kisah ‘fairy tale’ yang kelihatan seperti hanya kisah dongeng masyarakat Barat. Namun, hanya terdapat sedikit hint sihir dalam dongeng-dongeng itu. Untuk mendapatkan hampir semua chant-chant sihir, kita terpaksa mengumpul semua kisah mitos Barat termasuk mitos Yunani (Greek), Roman (Rom) dan Celtic (Celt). Selepas semua sumber itu dikumpul, kita perlu mengesan beberapa elemen penting dalam mitos itu yang menyerupai ayat yang diulang-ulang dan mudah diingati.
Contoh ayat itu ialah ‘O Rapunzel, Rapunzel, let down your hair’ dalam kisah fairy tale Rapunzel. Contoh lain pula ialah ‘O mirror, mirror on the wall, who the fairest among all’ seperti dalam kisah Snow White. Frasa-frasa itu pula tidak boleh diterbalikkan secara langsung, ia perlu memasukkan beberapa perkataan ‘cryptical’ yang lain sebelum diterbalikkan. Ia menggunakan teknik yang lebih ‘advance’ daripada backward masking.
Malah menurut kepercayaan orang Celt, Icelandic, Norse, Nordic, Pole, Dansk serta beberapa kaum terpencil di gugusan Scandinavia, mereka percaya bahawa syaitan bertutur dalam bahasa yang menyerupai bahasa manusia yang diterbalikkan. Bahasa itu pula biasanya berbentuk puisi dan mempunyai ritma tertentu. Mereka juga percaya sesetengah perkataan yang disebut syaitan itu disebut dengan pantas bagi menenggelamkan sesuatu suku kata untuk mewujudkan suku kata lain apabila diterbalikkan.
"Biar mati anak, jangan mati adat." - Peribahasa Melayu. Faham maksud peribahasa ini? Maksudnya secara tersirat ialah, mengorbankan anak untuk ritual syaitan demi mengekalkan 'adat'. Mengorbankan kesejahteraan anak (samalah juga seperti membunuh anak) untuk mewariskan saka (adat dalam keturunan). Maaf jika silap tafsir, tapi sila ambil beberapa contoh amalan sihir di alam Melayu dan buat kajian, pasti akan menemui maksud tersirat itu.
Kita pergi ke persekitaran yang lebih dekat. Kita ambil contoh mantera-mantera mistik di alam Melayu, paling mudah ialah Ulek Mayang. Kebanyakan mantera mistik di alam Melayu juga dibina dengan bahasa-bahasa menyerupai puisi. Mantera juga dibaca bagi menyeru ‘semangat’ (spirit) tertentu. Puisi-puisi itu dialun dengan ritma dan berkemungkinan ada maksud reversal (kebarangkalian ini belum dikaji secara rapi, saya galakkan anda kaji bersama). Sisi yang ingin diterangkan di sini ialah, seruan memanggil jin atau syaitan di alam Melayu juga menggunakan bahasa-bahasa menyerupai puisi, sama juga dengan kes memanggil syaitan di gugusan Eropah. Ia berlaku secara kebetulan, atau ia sememangnya begitulah caranya mahu berkomunikasi dengan makhluk halus iaitu melalui puisi? Makhluk halus pula bukan sekadar jin, iblis, syaitan dan seangkatan dengan mereka, malaikat juga tergolong dalam kumpulan makhluk halus, maaf jika pendapat ini salah.
Masyarakat Arab semasa zaman penyembahan berhala, dikenali sebagai satu bangsa yang pandai mengarang puisi serta bijak mengalunkan puisi untuk mengagungkan Latta, Uzza, Mannat serta lebih 300 berhala yang lain. Ritual menyembah berhala kerap kali diiringi dengan puisi-puisi untuk dipersembahkan kepada patung-patung di sekitar Kaabah. Syaitan juga sangat bangga pada ketika itu. Penduduk Kota Suci pada ketika itu sudah berada dalam genggaman syaitan. Manusia jahiliah pada ketika itu mengarang puisi khas untuk setiap berhala yang menjadi kebanggaan syaitan.
Melalui keadaan itu juga, jelas bahawa amalan komunikasi antara manusia dengan syaitan banyak menggunakan medium puisi. Walaupun puisi itu tidak semestinya mempunyai maksud reversal, ia sebenarnya sudah cukup jika puisi itu ditulis bertujuan memuji-muji selain Allah.
Tiga keadaan sudah diberikan iaitu amalan berkomunikasi mistik di dalam masyarakat Eropah, Melayu dan Arab. Ia mempunyai satu persamaan iaitu perantaraan puisi. Maka, persamaan itu harus dikaji dengan lebih teliti dan tidak harus tergopoh-gapah untuk menemui kesimpulan yang sesuai.
Mengikut hasil-hasil kajian antropologi, sesuatu puisi itu ditulis dan diucap dengan satu tujuan iaitu untuk memuji-muji seseorang sama ada raja, wanita, keperwiraan dan sebagainya. Kata kunci ialah memuji-muji, subjek pula pelbagai iaitu kebaikan seseorang raja, kecantikan seseorang wanita dan keperwiraan seseorang pahlawan.
Puisi dibina dengan perkataan-perkataan selektif dan diktif tidak kira dalam kebudayaan apa sekalipun. Perkataan-perkataan sesuai dipilih berdasarkan kriteria yang secocok untuk menceritakan mengenai subjek. Ia bagaimanapun bersyarat, sesuatu pujian-pujian 'syirik' itu sudah tentu tidak memuji-muji Allah, sebaliknya memuji-muji selain Allah. Benchmark di sini ialah 'unsur syirik'.
Keadaan yang sama juga berlaku dalam penciptaan lagu-lagu popular di Barat. Lagu-lagu popular tersebut pula nyata menjadi fenomena sehingga mewujudkan jutaan peminat yang meminati lagu-lagu itu. Apakah input-nya? Sudah tentulah irama-irama yang disukai dan ‘diberkati’ syaitan menjadi input-nya. Lagu-lagu itu ‘diberkati’ syaitan kerana mengagungkan musuh Allah secara tersembunyi dan cryptic. Apabila terselit irama-irama mengkhayalkan, maka lagu itu disukai ramai dan menjadi popular, lalu menjadi fenomena. Perlahan-lahan, keagungan puji-pujian kepada Allah menjadi semakin tidak popular di kalangan ‘entertained nation’ kerana lagu-lagu yang memuji syaitan telah menyerap masuk ke dalam jiwa. Syaitan menang 100 jaringan gol, manusia bolos 100 gol.
Bagaimana kita melawan semua itu?
Kita tidak boleh melawan semua itu secara sendirian. Kita memerlukan pertolongan dan siapa yang boleh menolong kita?
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia (Allah) sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Surah ali-Imran: 173-175)
Ayat di atas menerangkan peristiwa dalam sebuah peperangan (Uhud) semasa zaman kenabian baginda Rasulullah Muhammad. Diterangkan maksud bahawa ‘cukuplah Allah sebagai penolong’ yang menolong manusia dalam setiap urusan, juga diterangkan ‘takutlah kepada Allah’.
Keadaan kita pada masa kini juga sama seperti di medan perang, kita tidak wajar takut kepada musuh, sebaliknya kita hanya wajar takut kepada Allah dan Dia akan menolong kita dalam apa juga keadaan sekiranya kita berserah kepada kekuasaan-NYA.
Dalam usaha melawan taktik syaitan melalui lagu-lagu yang mengagungkan syaitan, kita harus berbalik kepada Allah dan al-Quran. Kembali kepada Allah, kembali kepada al-Quran dan kembali kepada ajaran syariat Muhammad. Itulah senjata yang mengandungi berjuta bilah pedang dan berjuta perisai pertahanan diri.
Kita sedia maklum, ayat Kursi mampu membakar syaitan jika kita mengamalkannya dengan sepenuh hati berniat kerana Allah. Ayat Kursi (al-Baqarah: 255) adalah sepotong ayat dari al-Quran yang mampu mengalahkan syaitan.
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. - (Surah Al-Baqarah ayat 255)
Namun, bagaimana kita mahu mendapatkan pertolongan dari Allah? Kita wajib mematuhi kehendak serta perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Segala amalan kita akan menjadi perisai yang tidak lut oleh ketajaman fitnah, menjadikan kita kebal daripada godaan hedonism dan menjadikan kita ‘pekak’ daripada bisikan iblis.
Elemen sihir dan fitnah wujud di setiap pelosok bumi dan ganas membaham (jiwa) setiap daripada kita tanpa belas kasihan sehingga kita menjadi lupa kepada tujuan asal kita diciptakan. Kita hanya akan selamat jika melengkapkan diri dengan senjata dan perisai yang diberikan Allah Maha Pengasih. Dia tidak akan mensia-siakan setiap insan yang beriman dan cinta kepada-Nya dan rasul-Nya.
Mahu semua senjata dan perisai itu? Kita tidak mendapat semua itu secara percuma, kita perlu menjadi hamba yang diredhai-Nya yang berada di bawah panji-panji agama-Nya.
Bagaimana caranya? Jangan tanya saya, anda pun tahu jawapannya!
...sila ikuti sambungan Siri 5 : Asap Opoponax
KREDIT KEPADA: SHAHi The ASSOCIATE
Share/Save

No comments: