MONTGOMERY, Amerika Syarikat (AS) - Kapal udara terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Bullet 580 akan menjalani ujian penerbangan pada musim panas ini.
Kapal udara sepanjang 71.62 meter dan berdiameter 19.18 meter itu dibina oleh syarikat E-Green Technologies dengan menggunakan sejenis bahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi.
"Ia cukup perlahan untuk menikmati pemandangan dari udara, boleh membawa kargo sehingga berat 907 kilogram pada ketinggian 6,000 meter dan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh atau dikendalikan oleh seorang krew," kata Ketua Pegawai Eksekutif E-Green Technologies, Mike Lawson.
Kapal udara itu berharga AS$7.8 juta (RM25.7 juta) dan dibekalkan oleh tujuh beg berisi gas helium dan bergerak pada kelajuan 56 kilometer sejam.
Kapal itu akan melakukan misi mengukur kelembapan bumi dengan kerjasama Universiti Old Dominion dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik AS. - Agensi
No comments:
Post a Comment