Pages

Monday, April 26, 2010

24 skru dalam muka



BERSYUKUR DIBERI PELUANG UNTUK TERUSKAN HIDUP: Bukan saja muka Cik Farah Wahedah diperelokkan semula dengan menggunakan 24 biji skru akibat nahas motosikal, tulang dari bahagian pinggulnya perlu diambil dan dipindahkan kepada tangannya ekoran keretakan pada tulang tangannya itu.




JIKA anda melihat wajahnya yang manis dan kulitnya yang putih berseri, anda mungkin tidak menyangka wanita kecil molek berusia 28 tahun ini sebenarnya pernah ditimpa nahas teruk akibat satu kemalangan motosikal sekitar enam tahun lalu. Kecederaan yang dialami beliau begitu buruk sehinggakan mukanya luka parah dan perlu 'diperketatkan' dengan menggunakan skru.  
Bukan satu atau dua, tetapi 24 skru kesemuanya telah dipasang di dalam muka Cik Farah Wahedah Mohamed, untuk merawat dan membetulkan semula mukanya. Terdapat empat skru di bawah setiap kelopak matanya, empat di bahagian kanan dan kiri hidungnya dan lapan skru di bahagian atas rahangnya. 

Para doktor juga telah membedah dan 'membuka' mukanya untuk mengetatkan bahagian dalam mukanya. Ini kerana kebanyakan tulang dalam mukanya itu retak dan perlu 'diperkuatkan' dengan menggunakan skru.

'Dalam perjalanan pulang di sekitar kawasan Sembawang, tiba-tiba saya tak dapat kawal motosikal saya dan merempuh pagar hijau yang terletak di tengah-tengah jalan raya,' cerita Cik Farah yang menunggang motosikal jenis scrambler jenama Suzuki model DR200.
Akibat impak yang terlalu kuat daripada kemalangan itu, mukanya terhantuk pada bahagian besi yang menghubungkan kededua belah pemegang motosikal itu. Visor topi keledarnya berkecai dan serpihan plastik daripada visor tersebut mencalar dan menembusi kulit wajahnya. 
Impak itu juga menyebabkan beliau dan pembocengnya, yang merupakan teman lelakinya, terpelanting dan tercampak sekitar 100 meter dari motosikal. 'Saya tak sedar apa yang berlaku selepas itu'.

***masing-masing mempunyai pengalaman hidup yang tersendiri. yang nyata ajal maut di tangan tuhan, tidak dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat. kadang-kadang musibah yang melanda boleh menyedarkan kita dari kealpaan***

No comments: