Pages

Sunday, March 28, 2010

10 lelaki terkaya

MENURUT Majalah Forbes, terdapat 1,011 bilionair di seluruh dunia tahun ini. Mereka menguasai hampir keseluruhan ekonomi global, dari tenaga dan keluli hingga fesyen dan telekom.
1. CARLOS SLIM HELU

Nilai bersih: RM177.6 bilion

Sumber: Telekomunikasi

Negara: Mexico

HARTAWAN telekomunikasi ini berpendapatan RM61.4 bilion setahun.
> Baru-baru ini mendapat kebenaran untuk menyatukan aset dalam syarikat talian tetap dengan American Movil, syarikat telefon bimbit terbesar Amerika latin.
> Derma RM216 juta untuk membiayai projek kajian dan perubatan genomik dengan bilionair Amerika Syarikat, Eli Broad.

2. BILL GATES
Nilai bersih: RM176 bilion
Sumber: Microsoft
Negara: Amerika Syarikat
HARTAWAN perisian komputer memiliki nilai harta meningkat RM43 bilion setahun berikutan peningkatan harga saham Microsoft sebanyak 50 peratus dalam masa 12 bulan, nilai syarikat pelaburannya juga bertambah.

> Lebih 60 peratus hartanya adalah daripada pelaburan di luar Microsoft, termasuk Hotel Four Seasons, Televisa dan Auto Nation.

3. WARREN BUFFETT
Nilai bersih: RM156 bilion
Sumber: Pelaburan
Negara: Amerika Syarikat
HARTA pelabur kesayangan Amerika Syarikat ini yang meningkat RM33 billion dalam masa 12 bulan lalu berikutan peningkatan saham dalam Berkshire Hathaway berkata, negara itu berjaya menghadapi ekonomi ‘Pearl Harbour’ tetapi memberi amaran, pemulihan akan mengambil masa yang perlahan.

4. MUKESH AMBANI
Nilai bersih: RM96 billion
Sumber: Petrokimia, minyak dan gas
Negara: India
SYARIKATNYA, Reliance Industries, antara paling berharga di India, baru-baru ini membida sebanyak RM6.6 bilion untuk mendapatkan 65 peratus saham dalam sebuah syarikat minyak Kanada yang berdepan dengan masalah, Value Creations.

> Tawaran sebanyak RM49 bilion untuk membeli syarikat petrokimia, LyondellBasell, ditolak.

> Sejak September, syarikat itu menjual saham Perbendaharaan bernilai RM6.6 bilion untuk tujuan pemerolehan.

5. LAKSHMI MITTAL
Nilai bersih: RM95 billion
Sumber: Keluli
Negara: India
PENDUDUK London paling kaya ini menguasai ArcelorMittal, pembuat keluli terbesar dunia. Nilai keuntungannya bagaimanapun merosot 75 peratus pada 2009.

> Mittal memotong gajinya sebanyak 12 peratus ketika kemelesetan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin pulih melonjakkan saham syarikat sebanyak satu per tiga tahun lalu.

> Memperoleh RM3.65 bilion selepas menjual kepentingannya dalam syarikat penapisan minyak di Kazakhstan Disember lalu.

6. LAWRENCE ELLISON
Nilai bersih: RM93 bilion
Sumber: Oracle
Negara: Amerika Syarikat
HARTA pengasas syarikat Oracle ini terus meningkat. Saham melonjak hingga 70 peratus sepanjang 12 bulan lalu.

> Syarikat pangkalan data komputer itu membeli 57 syarikat sepanjang lima tahun lalu.

> Menamatkan pembelian Sun Microsystems pada Januari dengan harga RM25 bilion. Membeli BEA Systems dengan harga RM28.2 bilion pada 2008.

7. BERNARD ARNAULT
Nilai bersih: RM91.28 billion
Sumber: Barang mewah
Negara: Perancis
IKON fesyen ini paling kaya di Eropah apabila saham dalam syarikat fesyen pakaian mewah, LVMH, pembuat pakaian berjenama Louis Vuitton, Moet & Chandon meningkat 57 peratus. > LVMH terbabit dalam membangunkan hartanah di Shanghai, L'Avenue Shanghai, bersama bilionair Macau, Stanley Ho.

> Memiliki syarikat pelancongan, Go Voyages, syarikat pembuat kapal layar, Royal Van Lent; mempunyai saham dalam syarikat pasar raya Perancis, Carrefour.

8. EIKE BATISTA
Nilai bersih: RM90 billion
Sumber: Perlombongan, minyak
Negara: Brazil
KEUNTUNGANNYA tahun ini mencecah RM65 bilion.

> Anak bekas Menteri Perlombongan Brazil ini yang syarikat gergasi perlombongan Companhia Vale do Rio Doce memulakan kariernya menerusi perniagaan emas dan perlombongan. Bertegas mendakwa tidak mendapat bantuan bapa. > Membiayai jawatankuasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, membantu bandar raya itu memenangi pembidaan Sukan Olimpik 2016.

9. AMANCIO ORTEGA
Nilai bersih: RM83 bilion
Sumber: Perniagaan fesyen
Negara: Sepanyol
TERBABIT mengendalikan syarikat fesyen pakaian menjual pelbagai jenama, termasuk Zara, Massimo Dutti dan Stradivarius. Mempunyai 4,500 butik di 73 negara, termasuk kawasan baru di Mexico dan Syria.

> Mengadakan usahasama dengan cawangan Kumpulan Tata untuk menembusi pasaran India tahun ini.

> Membeli Cral Gables, menara pejabat yang kini menjadi ibu pejabat Bacardi USA.

10. KARL ALBRECHT
Nilai bersih: RM78 bilion
Sumber: Pasar raya
Negara: Jerman
MEMILIKI pasar raya Aldi Sud, antara yang terbesar dan ternama di Jerman dan Eropah.

> Mempunyai 1,000 cawangan di 29 negeri di Amerika Syarikat. Anggaran jualan: RM123 bilion.

> Bersama dengan adik, Theo, memajukan kedai runcit ibu mereka menjadi pasar raya selepas Perang Duinia Kedua. Theo mendapat cawangan di utara Jerman dan negara Eropah lain.

No comments: