BERANI MENGAKUI KESALAHAN -PUNCAK TERTINGGI TAUBAT
Oleh : Ustaz Ahmad Zainal Abidin
ahmad@mmu.edu.my
Assalamualaikum;
Berdasar sedikit pengalaman hidup, sebenarnya tidak mudah bagi kebanyakan orang untuk mengaku kesalahan yang dilakukan. Samada kesalahan itu dengan manusia atau kesalahan itu dengan Allah swt. Sebab itu antara akhlak terpuji yang diajar oleh seorang guru kepada muridnya atau seorang bapa terhadap anaknya ialah berani mengakui kesalahan.
Berani mengaku kesalahan mempunyai kedudukan yang mulia dalam Islam. Aisyah r.'anha meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku dengan dosanya kemudian bertaubat, pasti Allah menerima taubatnya". (hadis riwayat Bukhori, Muslim dan Ahmad).
Bahkan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhori mengenai "penghulu istighfar" terdapat lafaz pengakuan hamba kepada Allah swt mengenai dosa yang dilakukan dan kemudian barulah diikuti dengan memohon keampunan daripada Allah swt.
Oleh kerana mengakui kesalahan itu sukar, marilah kita mula berlatih mengakui kesalahan kita samada kesalahan dengan makhluk atau kesalahan dengan Allah swt. jika kesalahan dgn makhluk, ada dua keadaan:
kesalahan berhubung dgn darah spt mencederakan, atau berhubung denga harta seperti mencuri. Ia perlu diselesaikan dgn makhluk tersebut seperti memohon kemaafan dan memulangkan harta yg dicuri dgn cara yg paling bijaksana agar tidak menimbulkan kerosakan baru.
kesalahan seperti mengumpat dan fitnah. Beberapa ulama seperti Imam Syafi'ie mensyaratkan supaya meminta maaf kpd orang yg diumpat atau difitnah. Namun Ibnu Qayyim mentarjih pandangan yg mengatakan tidak perlu minta maaf secara direct kpd orang yg diumpat atau difitnah kerana ditakuti akan menimbulkan kerosakan baru. (seperti putusnya silaturrahim) .
Namun, si "pelaku kesalahan" perlu memperbaiki umpatan atau fitnah yg dilakukan dgn menceritakan kebaikan orang tersebut bagi menutup umpatan/fitnah yg telah dibuat, memohon istighfar untuk orang tersebut pada kadar dosa mengumpat/fitnah yg dilakukan dan melakukan kebaikan bagi pihak orang yg diumpat/fitnah, juga sebagai jalan untuk membersihkan kesalahannya. Selepas itu barulah disertai dengan taubat kpd Allah terhadap kesalahannya mengumpat/fitnah terhadap orang tersebut.
Dengan demikian hubungan si pelaku kesalahan dgn orang yg diumpat/fitnah kekal baik dan ini menepati maqasid syarak.
Saya sendiri cenderung kpd pandangan Ibnu Qayyim dalam masalah ini.
Wallahu A'alam Sekian moga kita semua berjaya. Aminnn
No comments:
Post a Comment