Pages

Monday, January 5, 2015

Temuan makam dari masa Firaun Kelima

Mesir
Firaun Dinasti Kelima ikut menyaksikan pembangunan piramida pertama.
Pemerintah Mesir mengatakan ahli arkeologi menemukan makam dari masa Dinasti Kelima Firaun sekitar 4.500 tahun lalu.
Menteri Barang Kuno Mesir, Mamdouh al-Damaty, mengatakan makam yang sebelumnya tidak dikenal itu ditemukan oleh para ahli dari Ceko di Abu Sir, yang dulu menjadi kuburan di ibukota kuno Mesir, Memphis, yang terletak di sebelah barat daya ibukota saat ini, Kairo.
Di tempat itu juga ditemukan beberapa piramida yang didedikasikan untuk para firaun, termasuk Firaun Neferefre.
Damaty menambahkan bahwa perempuan dalam makam diidentifikasi sebagai Khentakawess dari tanda-tanda di makam dan dia diyakini sebagai istri atau ibu dari Firaun Neferefre, yang berkuasa sekitar 4.500 tahun lalu.
"Untuk pertama kali kita mengetahui nama ratu yang tidak diketahui sebelum penemuan makam ini," jelasnya kepada kantor berita AFP.
Upaya penggalian arkeologi itu juga menemukan sekitar 30 perabotan yang dibuat dari batu kapur dan tembaga.
Pimpinan tim arkeologi Ceko, Miroslav Barta, mengatakan temuan mereka mungkin bisa membantu untuk mengetahui aspek-aspek yang tidak diketahui dari Dinasti Kelima Firaun, yang bersama Dinasti Keempat, menyaksikan pembangunan piramida pertama.

Remaja tersedar ketika pembedahan

Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca Iga Jasica terjaga
Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti punca Iga Jasica terjaga lebih awal semasa dibedah. – AGENSI
WARSAW 4 Jan. – Seorang remaja yang sedang menjalani pembedahan otak untuk membuang ketumbuhan, tersedar dan dengan selamba menanyakan bagaimana prosedur itu berlangsung.
Portal berita metro.co. uk melaporkan, satu siasatan kini dijalankan untuk memastikan bagaimana remaja tersebut, Iga Jasica, 19, boleh bangun secara tiba-tiba semasa pembedahan dijalankan di Hospital Central Clinical di Kawoice, barat daya Poland.
Siasatan itu dilakukan ekoran Jasica terjaga terlalu awal selepas diberikan ubat tidur, namun dia tidak panik atau sakit ketika pembedahan tersebut.
Jasica berkata, dia tidak berapa ingat apa yang berlaku, namun doktor memaklumkan mereka berbual mengenai kucing.
“Saya tidak dapat menyambut Krismas kerana pembedahan ini, tetapi keadaan kesihatan saya yang kini bertambah baik merupakan hadiah paling baik bagi saya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-tersedar-ketika-pembedahan-1.44528#sthash.aYojLTBQ.dpuf

Sunday, January 4, 2015

Suami hodoh ‘diceraikan’ isteri


Gambar Hiasan.
PATNA - INDIA. Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

“Dia terlalu hodoh.  Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan.

Saturday, January 3, 2015

Ikan emas sembelit 
dibedah dengan kos RM1,637

Seekor ikan emas menjalani pembedahan selepas mengalami masalah
Seekor ikan emas menjalani pembedahan selepas mengalami masalah sembelit. – AGENSI
NORTH WALSHAM, England 2 Jan. – Seorang usahawan sanggup membelanjakan wang sebanyak 300 pound (RM1,637) semata-mata mahu melakukan pembedahan terhadap ikan emasnya yang me­ngalami masalah sembelit.
Mail Online melaporkan, usahawan yang enggan mendedahkan namanya itu membawa ikan emas tersebut ke Pusat Veterinar Toll Barn di sini, selepas mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bahan buangan.
Pada mulanya usahawan tersebut menyangkakan prosedur bagi memulihkan masalah sembelit itu adalah mudah, sebelum kakita­ngan di pusat veterinar memberitahu pembedahan bakal memakan belanja sebanyak RM1,637.
Doktor haiwan, Faye Bethell, 29, berkata, dia menggunakan alat khas bagi membuang dua ke­tulan tumor yang terdapat di dalam badan ikan emas yang berusia dua tahun 10 bulan itu.
“Dua ketul tumor telah menganggu sistem pencernaan ikan tersebut dan jika tidak dibuang ikan emas itu akan mati.
“Ini merupakan kali pertama saya melakukan prosedur pembedahan seperti ini kepada seekor ikan emas. Pembedahan selesai dalam masa 50 minit dan haiwan kecil itu boleh berenang seperti biasa selepas pembedahan,” jelasnya.
Tambah Bethell, dia menutup semula bahagian ikan yang telah dipotong bagi membuang tumor berkenaan dengan menggunakan gam khas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ikan-emas-sembelit-8232-dibedah-dengan-kos-rm1-637-1.43811#sthash.HPSfVkOz.dpuf

Berpesta tangkap ikan mabuk

Yunus, Minal dan Irfan bersama ikan yang berjaya ditangkap mereka
Yunus, Minal dan Irfan bersama ikan yang berjaya ditangkap mereka di Sungai Kalimas, Surabaya baru-baru ini.
SURABAYA, Jawa Timur  - Kejadian ikan mabuk kembali berulang di sepanjang Sungai Kalimas, Rabu lalu sekali gus mengundang perhatian penduduk kampung yang berpusu-pusu untuk mendapatkan ikan 'percuma' itu.
Aktiviti menangkap ikan itu ibarat ‘pesta’ buat penduduk yang tinggal berhampiran sungai tersebut selepas ratusan ikan timbul akibat mabuk.
Antara penduduk yang tidak melepaskan peluang menangkap ikan adalah Yunus, 25, Minal, 24, dan Irfan, 24.
Hanya berbekalkan jala, mereka dengan mudah menangkap beratus-ratus ekor ikan.
“Lumayan, buat makan. Percuma lagi. Buat keperluan harian,” kata Minal kepada news.detik.com.
Difahamkan, ikan-ikan itu mula timbul di Sungai Kalimas kira-kira pukul 6.00 pagi waktu tempatan dipercayai berpunca daripada sisa buangan tercemar dari kawasan kilang yang terdapat di sepanjang Surabaya dan Kali Brantas.
Pelbagai jenis ikan yang diperolehi tiga rakan itu antaranya ikan tawes, mujair, dan ikan emas.
Selain Yunus, Minal, dan Irfan, tiga kanak-kanak iaitu Ilham, 9, Samudra, 8, dan Sinchan, 10, juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap ikan itu dari rumah mereka yang terletak di belakang Hotel Novotel Surabaya.
Menariknya, mereka tidak menggunakan sebarang peralatan, tetapi hanya menangkap ikan sambil berenang sebelum disimpan ke dalam beg plastik.
“Sambil mengisi masa cuti sekolah, amat seronok menangkap ikan apatah lagi hanya menggunakan tangan sahaja,’’ kata Ilham.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/berpesta-tangkap-ikan-mabuk-1.43763#sthash.i1HUM5Sn.dpuf

Objek bukan UFO

CIA akui benda terbang sebenarnya pesawat perisik

Pesawat U-2 yang digunakan oleh CIA sebagai tujuan perisikan disangka
Pesawat U-2 yang digunakan oleh CIA sebagai tujuan perisikan disangka sebagai UFO kerana kemampuannya terbang melebihi 18,000 meter di udara. – AGENSI
NEW YORK 2 Jan.  - Misteri penglihatan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilaporkan pada tahun 1950-an dan 1960-an akhirnya terungkai apabila Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengakui bahawa sebahagian aktiviti luar biasa di udara itu adalah penerbangan pesawat perisik.
CIA melalui dokumen yang didedahkan kepada umum menjelaskan, penampakan UFO yang dilaporkan kira-kira 60 tahun lalu sebenarnya merupakan pesawat perisikan U-2 yang diuji pada ketinggian 18,288 meter di udara, satu ketinggian yang dianggap mustahil untuk penerbangan.
Portal berita UPI yang memetik dokumen yang disiarkan CIA turut menambah, pada pertengahan tahun 1950-an, kebanyakan pesawat komersial hanya terbang pada ketinggian antara 3,048 meter dan 6,096 meter, manakala pesawat tentera pula mencapai altitud di bawah 12,192 meter.
Jelas laporan itu, disebabkan pesawat U-2 terbang pada ke­tinggian melebihi 18,288 meter, pusat kawalan trafik udara sering menerima laporan tentang penampakan UFO.
“CIA menyedari laporan pe­nampakan UFO berlaku pada masa dan tempat yang sama ketika penerbangan pesawat U-2, tetapi mereka merahsiakan perkara itu dan membiar­kan orang ramai berfikir objek yang dikesan itu adalah makhluk asing, bukannya pesawat perisik.
“Kejadian itu adalah kerja kami,” lapor UPI yang memetik dokumen CIA selepas agensi tersebut menyiarkan beberapa pautan tentang senarai 10 dokumen terbaik 2014 yang paling banyak dibaca.
Kini pesawat U-2 digunakan dalam perkhidmatan Tentera Udara Amerika Syarikat dan sebanyak 104 buah pesawat itu telah dibina secara keseluruh­annya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/objek-bukan-ufo-1.43815#sthash.140g8t2I.dpuf

Tandas terbuka di Gold Coast memalukan

Tandas terbuka di Gold Coast, Queensland di Australia dikritik
Tandas terbuka di Gold Coast, Queensland di Australia dikritik penduduk sebagai buruk dan memalukan.
SYDNEY 2 Jan. – Perkhidmatan tandas terbuka yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Gold Coast dikritik oleh penduduk tempatan sebagai memalukan.
Laman web Oddity Central melaporkan, majlis perbandaran tersebut menyediakan tandas mudah alih itu ekoran lelaki-lelaki mabuk sering membuang air kecil di me­rata-rata tempat terutama di premis perniagaan dan lorong-lorong kecil sehingga menimbulkan suasana tidak menyenangkan di kawasan peranginan berkenaan.
Menurut ahli majlis perban­daran, Lex Bell, tandas itu merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah pembuangan air kecil di lokasi awam di Cavill Mall dan Orchid Avenue di Suerfer’s Paradise, tenggara Queensland.
“Pihak berkuasa tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menangkap mereka yang membuang air kecil di merata-rata tempat, selain tidak mempu­nyai bidang kuasa untuk menahan mereka,’’ katanya.
Justeru, pada 19 Disember lalu, majlis perbandaran berkenaan membina dua blok tandas yang direka untuk digunakan oleh tiga lelaki pada satu-satu masa.
Sejak itu, majlis perbandaran menerima pelbagai kritikan daripada penduduk tempatan Gold Coast.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tandas-terbuka-di-gold-coast-memalukan-1.43813#sthash.9UyBpRMG.dpuf

Gurau bawa padah

Beijing: Seorang wanita mencetuskan kemarahan selepas dia memuat naik gambar di Internet yang menunjukkan dia membawa bayinya berusia sembilan bulan di dalam beg tangannya.mmmmmmmmmmm
Xue Hsueh, 26, memasukkan anaknya itu di dalam beg berjenamanya sementara berbual dengan beberapa rakan.
Seorang rakannya merakam gambar itu.
Kerana sukakannya, dia memuat naik gambar itu di laman sembang Internet.
Tindakannya itu membawa padah apabila ramai yang mengecamnya dan membandingkan tindakan itu dengan wanita yang gemar membawa anjing atau kucing dalam beg berjenama mereka untuk meniru gaya Paris Hilton.
Seorang pengguna Twitter WuLei34 menulis: “Bayi berjenama, aksesori terbaru yang perlu dimiliki wanita.”
Seorang lagi. LucyX menambah: "Saya tidak pasti apa yang dilakukan wanita itu jika tali beg putus?"
Xue bagaimanapun membela dirinya dengan berkata, bayinya dimasukkan ke dalam beg itu untuk seketika saja.
Dia sebenarnya mahu berjenaka mengenai penjagaan kanak-kanak jika bayi sekecil itu ditinggalkan kepada lelaki. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 January 2015 @ 5:04 AM




XUE membawa anaknya di dalam beg tangannya.
- Lihat lebih lanjut di: http://www.hmetro.com.my/node/21140#sthash.CpcLj34U.dpuf

Jurugambar tempah maut rakam aksi buaya ganas



NYGRE berada di hadapan muncung seekor buaya untuk mendapatkan sudut rakaman yang menarik membuat rakaman di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico.- YOUTUBE


MEXICO – Seorang jurugambar yang juga bekas tentera Amerika Syarikat sanggup menanggung risiko semata-mata mahu merakam aksi buaya liar secara dekat di pantai Mexico.
Jurugambar itu, John Nygre yang memuat naik video di laman perkongsian video YouTube kelihatan langsung tidak berasa takut ketika merakamkan gambar dia berenang dalam jarak yang dekat dengan buaya.
Video itu antara lain memaparkan pergerakan buaya yang kadangkala mengangakan mulut serta melibaskan ekor ketika dihampiri Nygre.
Videonya yang bertajuk ‘My, what big teeth you have’ itu mendapat perhatian ramai penonton yang menganggap aksi tersebut sangat mengujakan.
Menurut salah sebuah stesen televisyen, WITI-TV gambar itu dirakam di sebuah pantai di Quintana Roo, Mexico. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Ni0W6efE 
Hakcipta terpelihara 

Friday, January 2, 2015

Lambakan kereta klasik di Cuba

MODEL Dodge tahun 1949 turut dijadikan teksi di Cuba.


SELAMA hampir tujuh tahun Luis Abel Bango mencari kereta idaman, Chevy Bel Air 1957.
Namun, kesabaran itu berbaloi apabila dia akhirnya berjaya memiliki kereta tersebut.
Abel Bango membeli kereta itu daripada seorang pemilik asal pada harga AS$7,000 (RM24,472) di sebuah kawasan pedalaman di Cuba tahun ini.
“Saya mencari di beberapa lokasi lain sehingga merentasi daerah di tengah Cuba. Pencarian itu berakhir apabila berjaya membeli kereta tersebut di sebuah lokasi yang terletak di hujung pulau,” ujarnya.
Kereta berwarna hitam dan putih itu masih mengekalkan reka bentuk asal oleh pemiliknya.
Kereta tersebut masih dilengkapi dengan perkakasan asal termasuk perhiasan hud ala sebuah roket yang menjadi signatur dan kegilaan penggemar kereta Chevy tahun 1957 itu.
“Keseluruhan pakej kereta ini hampir sempurna,” ujar Abel Bango. Bagaimanapun, dia perlu membuat pemeriksaan terperinci dan akan mengecat dengan warna baharu.
Sebanyak 60,000 unit kereta antik terdapat di Cuba sejak tahun 1959 iaitu sebelum revolusi yang diketuai oleh Fidel Castro. Namun, mencari pemilik asal kereta itu merupakan suatu cabaran yang sukar.
Di sebalik kebanjiran kereta antik itu, banyak yang telah diubah suai dengan menggantikan bahagian asal kereta.
Diplomatik
Pada minggu lalu, Cuba dan Amerika Syarikat (AS) kembali menjalin hubungan diplomatik selepas terputus hubungan sejak tahun 1959 akibat revolusi Castro.
Menerusi hubungan dua hala itu, Presiden AS, Barack Obama merancang untuk menghapuskan sekatan ekonomi di kepulauan yang mengamalkan ideologi Komunis tersebut. Akibat sekatan ekonomi tersebut, kebanyakan penduduk Cuba masih menggunakan kereta antik dengan hanya menggantikan bahagian-bahagian tertentu.
Namun, pengumpul kereta klasik AS yang berhajat untuk membeli kereta di Cuba perlu berdepan dengan beberapa undang-undang. Antaranya peraturan tahun 2010 yang melarang mana-mana kereta dibawa keluar dari negara itu.
Kebanyakan kereta klasik di Cuba mengalami kesukaran untuk dikekalkan. Keadaan jalan raya dan kos pembaikan yang tinggi menyebabkan pemilik mengalami kesukaran untuk mengekalkan bahagian asal kereta tersebut.
Bumbung kereta terpaksa ditukar kepada material plastik dan banyak enjin asal ditukar kepada enjin diesel yang jauh lebih murah.
“Apa yang dilihat pada kebanyakan kereta klasik yang ada hanya struktur luar yang nampak asli tetapi bahagian dalam telah ditukar dengan komponen murah,” ujar hos program televisyen Vintage Vehicles, Lance Lambert.
Seorang mekanik Cuba, Alejando Torres membeli Chevy 1957 daripada pemilik asal kira-kira 10 tahun lepas.
Namun, dia terpaksa menukar enjin kereta itu kepada jenis Mitsubishi yang menggunakan bahan bakar diesel kerana bahagian dalaman yang asal terlalu mahal untuk digunakan.
Torres memberitahu, dia membelanjakan hampir AS$50,000 (RM174,805) untuk mengubah suai walaupun harga pasaran bagi kereta klasik di AS dengan kondisi baik hanya kira-kira AS$28,100 (RM98,240)
“Mungkin saya akan menjualnya untuk membeli kereta diesel yang lebih moden dan baharu,” ujarnya.
Berdasarkan sistem satu parti di Cuba, pengeluaran kereta baharu dikawal ketat dan harga bagi sebuah kereta jenis sedan adalah antara AS$200,000 (RM699,223). Hampir sedekad, hanya kereta sebelum revolusi mampu dibeli dan dijual dengan murah.
Awal tahun 1950-an, kereta Chevy antara yang menjadi pilihan pengguna termasuk jenis Fords, Buicks, DeSotos, Plymouths dan Oldsmobiles. Selain itu, kereta popular tahun 40-an hingga 50-an, Cadillac juga boleh dilihat di atas jalan raya.

KEBANYAKAN kereta klasik di Cuba telah diubah suai dengan kos penyelenggaraan yang tinggi.


Digodam
“Ramai orang Amerika memasang impian untuk mencari kereta klasik di Cuba. Kereta yang anda lihat di televisyen memang cantik tetapi telah digodam. Anda akan menemui kualiti yang lebih baik di sini,” ujar Pengerusi pameran kereta Amelia Island Concours d’Elegance, Bill Warner.
Penghapusan sekatan AS membolehkan pemilik kereta klasik Cuba membeli komponen-komponen kereta dari negara itu.
Kebanyakan kereta adalah lebih jimat jika berada di Cuba berbanding dibawa masuk ke AS. Bukan sahaja sebahagian bahagian dalaman kereta itu perlu ditukar tetapi kos penyelenggaraan yang tinggi juga membebankan pemiliknya.
Kereta Chevy Bel Air 1957 antara yang didambakan rakyat AS berbanding di Cuba yang lebih menggemari rekaan tahun 1955 dan 1956.
Ketiga-tiga tahun tersebut menghasilkan model Tri Five yang mempunyai tiga jenis warna dan direka dengan banyak krom.
Seorang pakar menyatakan, kereta keluaran jenama itu yang mempunyai dua pintu mencecah harga AS$86,200 (RM301,365) dan harga tersebut boleh meningkat kepada AS$100,000 (RM349,611) jika ia dijual kepada pengumpul kereta klasik.
Roland Franz Henning, warga Jerman yang tinggal di Cuba mempunyai kereta Chevy Bel Air 1957 dua pintu berwarna putih dan biru muda. Tambah menarik, ia ialah versi yang tidak mempunyai tiang memisahkan tingkap bahagian depan dan belakang.
“Hanya tiga buah sahaja yang tinggal dengan kondisi terbaik di Cuba. Ia sama seperti dalam risalah kereta itu pada tahun 1957,” kata Henning. –Reuters


Artikel Terpelihara  
 

Kek perkahwinan terbesar dunia



KEK perkahwinan Dantes dan Rivera muncul sebagai kek perkahwinan paling besar di dunia.


MANILA – Majlis perkahwinan pasangan pelakon terkenal Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera mendapat liputan media antarabangsa apabila kek perkahwinan mereka dinobatkan sebagai paling besar di dunia.
Rekod kek yang dibina secara tiga dimensi (3D) dengan ketinggian 3.6 meter itu memerlukan lebih 10 orang lelaki dewasa untuk mengangkatnya.
Pasangan itu selamat melangsungkan majlis perkahwinan mereka di sebuah gereja di bandar Quezon sambil dihadiri ratusan tetamu pada 30 Disember lalu.
Selain memiliki kek perkahwinan paling besar di dunia, pasangan yang telah menjalinkan pertunangan sejak lebih dua tahun itu turut mendapat jolokan ‘perkahwinan diraja’ oleh penduduk tempatan.
Sebelum ini, Guinness World Records telah mencatatkan kek perkahwinan terbesar dunia di New England, Amerika Syarikat yang memiliki berat 6,000 kilogram pada 2004 tetapi kek berkenaan dibuat cuma untuk pameran dan bukan untuk perkahwinan.
Berikutan itu, kek pasangan selebriti tersebut yang benar-benar digunakan untuk majlis perkahwinan menjadikan kek itu sebagai yang terbesar di dunia. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3NfvfBqyA 
Hakcipta terpelihara 

Thursday, January 1, 2015

Pakai sut getah untuk kelihatan seperti wanita

Kosmo! Online - Dunia:


PENAMPILAN Robert ketika memakai sut getah bersama uniform anggota pasukan sorak.



LOS ANGELES – Seorang datuk berusia 70 tahun gemar memakai sut getah silikon yang menyerupai bentuk dan wajah wanita selepas dia kecewa kerana gagal mempunyai teman wanita yang cantik.
Lelaki tersebut yang mahu dikenali sebagai Robert berkata, dia mula gemar memakai sut getah lengkap dengan topeng menyerupai wanita kerana ia kelihatan cantik.
“Setiap kali saya memakai sut ini saya akan melihat penampilan saya di hadapan cermin dan tidak menyangka boleh kelihatan cantik walaupun sudah berusia 70 tahun.
“Saya pernah keluar dengan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun. Walaupun mereka masih menawan mereka tidaklah secantik saya ketika memakai sut ini,” katanya.
Menurutnya, dia akan memakai pelbagai jenis pakaian wanita setiap kali memakai sut getah berkenaan dan gembira apabila menerima banyak pujian daripada orang ramai.
Robert merupakan sebahagian daripada komuniti kecil lelaki yang gemar memakai sut getah menyerupai wanita di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai maskers. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3NXGHsFXd 
Hakcipta terpelihara 


'via Blog this'